Salam semua…

Aku sungguh sibuk. Atau dengan kata lain aku sengaja menyibukan diri. Sampai tiada masa nak masuk kan entri baru. Letih. Bukan letih buat kerja. Tapi letih mengeluh, berfikir, menganalisis dan berjalan-jalan.

Minggu ini aku dan rakan-rakan diberi tugas baru untuk seminar penyiaran. Buat kertas kerja. Lepas tu buat pembentangan. HUhh..topik belum dapat cari lagi(sebenarnya tak fikir betul-betul lagi, camana nak dapat).

Minggu ini juga kami diarahkan buat kertas kerja tesis. Tukar tajuk yang lebih proper. Spesifik fokus atau subjek kajian. Apakah aku dilanda kebuntuan idea? Memang betul.

Minggu ini juga aku dan rakan-rakan sekuliah buat lawatan pergi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Seronok. Biarpun majoriti rakan-rakan tidak ikut serta.

 Dalam minggu ini juga dua kali aku keluar window shopping(bukan sebenarnya, tapi shopping).

Namun, ini berita paling mengembirakan aku. Yes! ! tahun ni dapat beraya di kampung halaman sendiri. Aku homesick sesangat. Tiket sudah dibelikan. Sponsored by pocket money my sister sdn bhd. Huhu..tahun lalu aku dan famili tidak meraikan hari raya di Sabah. Kami meraikan nya di kampung halaman bapa aku. Melaka. Seronok?. Hu..tidak sama sekali (takle tak bes sangat, marah kang sepupu sepapat aku..hihii.tapi kita da terbiasa beraya di kg sendiri, memang berbeza). Terima kasih bebanyak kak.

Dan malam ini kami dijemput menghadiri Majlis Anugerah Media Islam Negara (AMIN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Aku sedang mempertimbangkanya.

p/s:Time to find Literature Review, dear.

 

Wassalam..