Archive for Ogos 2008

Media have power

Salam Semua…

Buat masa ini aku tak dapat nak update blog aku. Tapi menyibukkan diri review blog yang terkenal di Malaysia, ini untuk kolum dalam majalah USIM. Antara blog yang selalu aku lawat, Rocky Bru blog, Nuraina Samad (daughter Samad Ismail), Husam Musa, A. Kadir Jasin, The Scribe dan macam-macam benda aku dapat. Sungguh menarik. Selama ini aku tak suka masuk blog yang berunsurkan politik dan lebih-lebih lagi ada unsur SLANTING or yang suka mengkrirtik, tapi demi tugas aku jadi addicted lah pula.

Kadang-kadang pemikiran blogger-blogger ni ada juga yang rasionalnya. Suka aku membacanya. (Kadang-kadang) tu hal tersebut tak pernah terfikirkan oleh akal aku yang tak sampai ni.

Hmm..lepas ni kalau nak tahu apa pendapat-pendapat blogger mengenai isu-isu panas, just buka blog je kita tahu semuanya. Tapi kita sebagai yang berakal gunalah ia sebaiknya, berfikir sebelum terima semuanya, tapis dahulu ya.

Sebab sekarang ni ramai yang hilang kepercayaan kepada surat khabar. Hatta aku pun kadang-kadang tidak berapa percaya. Tapi antara blog dan newspaper mana lebih realiable?..wartawan withhold the information sebab nak mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi kadang-kadang perkara yang disembunyi itu sesuatu perkara yang masyarakat perlu tahu. Susahnya…

Jadi, sebagai seorang yang tahu berfikir, fikirkanlah. Jangan percaya membuta tuli. Media have power. Media boleh menjatuhkan sesebuah tamadun dan masyarakat.

 

Syok beb!!!!Yihaaaaa…

ahli kumpulan aku yang kiut-kiut..

ahli kumpulan aku yang kiut-kiut..

 
Sungguh seronok dapat satu kumpulan dengan dia orang ni. Sentiasa happy go lucky. Aku suka sangat..tapi minta maaf untuk adik-adik, aku terlupa nama korang. Biasalah dah berumur ni, selalu lupa..aku hanya ingat certain people je..sorry..
 
 
 
 
 
 
 
 
Posing manja sebelum sukaneka..

Posing manja sebelum sukaneka..

 
Hmm..kalau sudah budak komunikasi, selagi kamera ditangan selagi itulah nak berposing bergambar. Nak tau depan kita orang bergambar ni adalah pantai Morib..tapi tak lah macam pantai sebenar hanya tepian pantai yang berair keruh..
(dari kiri) Bertudung pink:Azie, Indah, Ipa, Maira, K. Mie, P-ja dan Mascot digi..huhu..
 
 
 
 
 
 
haha..aku dan Anna main flyingrope..so interesting..

haha..aku dan Anna main flyingrope..so interesting..

 
 
Aku buat aksi berani..naik benda alah ni. Pastu kebetulan aku memakai seragam kuning dan topi keselamatan pun berwarna kuning..dan aku dipanggil ‘Digi Bersamamu’. Budak-budak ni galak tanya aku “line ok x kat atas?”..haha..kuang asam..tapi tahniahlah pada diri aku sendiri kerana berjaya juga menempuhi cabaran..

 
 
 
 
 
sebelum balik kolej kediaman..

sebelum balik kolej kediaman..

 
 Memahat kenangan sebelum balik ke kolej kediaman. Mungkin kita akan kembali ke sini lagi. InsyaAllah..
 
 

Aku di minggu lalu..

Salam semua..

Jumaat

Aku takda kelas hari ni. Tapi pagi-pagi lagi aku telah dikejutkan dengan jeritan teman-teman dari tingkap bilik expecialy suara pija menyuruh aku bangun. Pagi tu aku dan rakan-rakan nak berlakon untuk dipersembahkan masa family day. Dengan tangkasnya aku bangun macam antu cina terus berlari ke toilet tuk mandi (mandi kerbau je) tak sempat nak berangan2 lagi. Janji nak wat rehearsal kul 9 pagi, oleh kerana janji Melayu aku turun pukul 9.30. Alhamdulillah, berjaya juga aku dan rakan-rakan menghasilkan satu drama pendek. Chaiyokk…guys. klu bab berlakon kita memang teror..huhu..

Lepas latihan aku dan teman-teman rushing go to giant. Selipar Jepun aku putus dan perlu cari pengganti untuk digunakan semasa di kem nanti. I find new one..so cute..

Petang tu, bertolak pergi Pantai Morib, Kem El Azzhar. Best wei…hapening sungguh hari tu.

Sabtu

Kami melakukan aktiviti yang diatur oleh pihak penganjur..salutelah adik-adik. Ada public speaking..macam-macam aku tanya adik-adik junior, habis kena buli oleh kau. Sampai terdiam…haha..relax lah dek, akak nak kenal je..tapi nice satu kumpulan dengan korang..group kami menang untuk permainan pertama pada hari ini.

Petangnya kami ada sukaneka, tiup belon dan cari gula-gula dalam tepung, baling belon isi air sambil tutup mata, cari telur kumpulan masing-masing, dan reka fesyen. Masa ni aku ‘all out’ habis, aku jadi diri aku sendiri..gila-gila-gila dan kadang-kadang terlampau gila. Tapi paling hampeh aku dibaling telur. Yarks!!! hanyir gila..terpaksa aku rendam seluar aku 2 hari dua malam, basuh sampai 3 kali, celup dengan pelembut softlan 2 kali, tapi hasilnya hari ini seluar tu still berbau hanyir dan keras..haha. Terima kasihlah adik-adik ku..korang dah buli aku..

Malam, BBQ beb..tapi bukan aku dan teman-teman yang berasap..pihak penganjurlah..Jeng-jeng-jeng..kami mempersembahkan drama pendek..huhu..paling bes ketua program komunikasi Cik Mazni puji lakonan kami, dan juga pensyarah-pensyarah lain. Kan dah kata..kita kalau bab acting we are winner guys…give credit to script writer and director. Kami bergembira sehingga midnite..so tired..

Haha..dapur rumah banglo busuk dengan hanyir telur…

Ahad

Bangun awal gak..dalam kul 7 dah siap sedia berkumpul nak wat aktiviti mencabar hari ni..flyingrope. Aku apa lagi aktiviti yang paling aku tunggu. Tapi lepas buat flyingfox..uh..leganya..lepas segala beban, terbang bersama suara aku menjerit. riuh kem El Azhar.

Balik..aku nak tidur sepuas-puasnya..

Balik rumah je..macam tak tidur selama 3 hari tanpa rehat juga. Tapi yang penting aku selidik badan-badan aku yang sakit akibat keaktifan aku semasa di kem. Aku jumpa beberapa tanda lebam di kaki, lutut dan tangan. Dan aku buat kes, sebab malas nak bangun,kelas hari Isnin aku cancel (ikut suka aku tak attend kelas..sengal).

Aku buat kesimpulan..aku sungguh gembira melalui 3 hari yang berikut. Itulah aku beb!!!

Minggu ini

Satu sahaja. Aku sungguh sibuk dalam erti kata pelajar sebenar!!!!!!

The truth is bitter

Salam semua..

Do not be troubled about your future

For it has yet to come

Live in the present

and make it so beautiful

That it will be worth remembering

Do not look back and grieve over the past,

For it is gone.

Hanya satu sahaja ingin ku kongsi bersama kamu. Bahawasanya, we need to learn that the truth is bitter but sometimes is more batter.

Gusar. Kadang-kadang kebenaran itu memang pahit untuk kita terima, tetapi itulah hakikat sebenar yang perlu kita ketahui. Seboleh-bolehnya aku tidak ingin mengetahui kebenaran itu jika ia menyakitkan. Biar ia tersimpan rapi sampai bila-bila. Aku rela.

Tapi bolehkah?

Macam mana mahu jadikan kenangan tersebut untuk hari ini tanpa perkara yang ‘bitter’? selalunya yang pahit itulah menjadi ubat kepada kesakitan. Kebiasaanya yang pahit itulah ubat paling mujarab menjawab pertanyaan.

Memang betul, sepahit mana kebenaran itu, maka semakin kuatlah ia menghantui kehidupan kita, tetapi kebenaran itulah yang paling kita ingati, kebenaran itulah yang mengubah kita menjadi diri sendiri. You are what you make yourself out to be.

Untuk aku:Be mutured dear, please…

Pilih satu:Simpan Amanah atau pecah amanah demi kebaikan

Salam semua…

Kita semua tahu amanah adalah tanggungjawab yang paling besar yang perlu kita tanggung sebagai khalifah di muka bumi ini. Malah, menolong orang dalam kesusahan juga adalah tanggungjawab kita yang mampu. Tapi sekarang aku dalam dilema.

Tidak tahu mana satu harus dipilih. Berlaku jujur kepada sebelah pihak atau memecahkan amanah tersebut demi kepentingan pihak lain?

Padahal amanah itu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. Aku takut kalau aku pecahkan ‘amanah’ tersebut akan hilanglah kepercayaan pihak tersebut terhadap aku. Apa patut aku lakukan. Simpan amanah atau pecah amanah?. Aku ulang sekali lagi, amanah itu berkepentingan untuk kedua-dua pihak.

Keliru.

Aku teramat rasa bersalah bila melihat kawan-kawan lain dalam keadaan susah payah dan terdesak, padahal aku mampu dan sesangat lah boleh menolong, tapi oleh kerana amanah tersebut membuatkan kaki aku terikat, mulut aku terkunci, hati aku berbelah bahagi.

Kejam kah aku?

I’m so sorry guys…blame me if something bad happen to you all. I’m really sorry. Million apologies. I can’t..really..I’m desprate freind.