Salam semua…

Kita semua tahu amanah adalah tanggungjawab yang paling besar yang perlu kita tanggung sebagai khalifah di muka bumi ini. Malah, menolong orang dalam kesusahan juga adalah tanggungjawab kita yang mampu. Tapi sekarang aku dalam dilema.

Tidak tahu mana satu harus dipilih. Berlaku jujur kepada sebelah pihak atau memecahkan amanah tersebut demi kepentingan pihak lain?

Padahal amanah itu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. Aku takut kalau aku pecahkan ‘amanah’ tersebut akan hilanglah kepercayaan pihak tersebut terhadap aku. Apa patut aku lakukan. Simpan amanah atau pecah amanah?. Aku ulang sekali lagi, amanah itu berkepentingan untuk kedua-dua pihak.

Keliru.

Aku teramat rasa bersalah bila melihat kawan-kawan lain dalam keadaan susah payah dan terdesak, padahal aku mampu dan sesangat lah boleh menolong, tapi oleh kerana amanah tersebut membuatkan kaki aku terikat, mulut aku terkunci, hati aku berbelah bahagi.

Kejam kah aku?

I’m so sorry guys…blame me if something bad happen to you all. I’m really sorry. Million apologies. I can’t..really..I’m desprate freind.