Salam Semua…

Buat masa ini aku tak dapat nak update blog aku. Tapi menyibukkan diri review blog yang terkenal di Malaysia, ini untuk kolum dalam majalah USIM. Antara blog yang selalu aku lawat, Rocky Bru blog, Nuraina Samad (daughter Samad Ismail), Husam Musa, A. Kadir Jasin, The Scribe dan macam-macam benda aku dapat. Sungguh menarik. Selama ini aku tak suka masuk blog yang berunsurkan politik dan lebih-lebih lagi ada unsur SLANTING or yang suka mengkrirtik, tapi demi tugas aku jadi addicted lah pula.

Kadang-kadang pemikiran blogger-blogger ni ada juga yang rasionalnya. Suka aku membacanya. (Kadang-kadang) tu hal tersebut tak pernah terfikirkan oleh akal aku yang tak sampai ni.

Hmm..lepas ni kalau nak tahu apa pendapat-pendapat blogger mengenai isu-isu panas, just buka blog je kita tahu semuanya. Tapi kita sebagai yang berakal gunalah ia sebaiknya, berfikir sebelum terima semuanya, tapis dahulu ya.

Sebab sekarang ni ramai yang hilang kepercayaan kepada surat khabar. Hatta aku pun kadang-kadang tidak berapa percaya. Tapi antara blog dan newspaper mana lebih realiable?..wartawan withhold the information sebab nak mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi kadang-kadang perkara yang disembunyi itu sesuatu perkara yang masyarakat perlu tahu. Susahnya…

Jadi, sebagai seorang yang tahu berfikir, fikirkanlah. Jangan percaya membuta tuli. Media have power. Media boleh menjatuhkan sesebuah tamadun dan masyarakat.