Archive for September 2008

Entri sebelum balik beraya

Salam semua…

Hari ini adalah hari terakhir aku mengupdate blog sebelum cuti raya. InsyaAllah kalau aku tidak sibuk buat kuih raya aku akan update blog selama tempoh itu.

Hari ini juga midterm terakhir aku sebelum bercuti raya.

Hari terakhir aku jumpa kawan-kawan sebelum cuti raya.

Hari terakhir aku menanggung rindu dengan keluarga di kampung. Malam ini rinduku akan terlerai.

Hari terakhir aku stay di asrama yang mempunyai pelbagai kenangan. (Semalam sempat lagi kena saman. Ada SPOTCHECK yang hampeh). Aku berdendam dengan pak guard.

Semalam adalah hari terakhir aku berbuka puasa dengan kawan-kawan. Thanks, akan aku ingat sampai bila-bila.

Hmm..harap-harap janganlah berakhirnya semua sekelip mata. Aku belum bersedia.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Tahu, aku banyak buat silap dengan kamu semua.

Mulut aku laser tak bertempat, tak kira bulan ramadan atau tidak.

Perangai aku yang membosankan, pasti menjelikkan kamu.

Tahu, aku tak dapat ‘survive’ di sini tanpa korang semua.

Tapi, aku tetap sayang korang. 

p/s: Wei..aku balik hostel 04 hb, korang balik lah awal skit..aku takut..takut bosan..oppss..lupa, kirim salam dengan famili kamu semua. (kalau boleh kirim duit raya sekali ye..hihihi…)

Wassalam..

Mayat depan mata aku..ngeri

Salam semua…

Kelmarin aku dan 6 kawan-kawan yang lain menjadi wakil fakulti dalam pertandingan SCRABBLE di Pandan Indah, FPSK (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Aku main just for fun je. Player lain, bersungguh-sungguh bermain sebab niat mereka datang hanya untuk bertanding untuk menaikkan nama fakulti mereka, tapi bagi aku dan rakan-rakan pergi hanya untuk menghilangkan tekanan dan hanya untuk melawat bekas kampus dahulu.

Berapa kali aku lost turn main, peserta table aku senyap-senyap tersenyum sinis. Whatever guys, aku memang tak nak menang pun. Aku saja bagi peluang korang menang (iyelah tu..hihi..). Tapi tahniah pada kawan-kawan aku yang secara tak sengaja termasuk dalam quarter final. Masing-masing tak nak masuk hall, sebab kitorang nak g tour de faculty. Last-last minute change their mind and involve again. Korang memang best.

Ni nak cerita, aku masuk lab budak-budak medik ni. Just for seeing the BODY!!!. Sebelum masuk lab tu, ada certain regulation, salah satunya..you brave enough. Oh…Ya Allah! first masuk aku macam nak tumbang je depan pintu lab, tapi Allah Maha kuasa, Dia nak tunjukkan kuasa dia kepada manusia yang lemah macam aku ini. Sebelum tu juga aku berkira-kira tak nak masuk tapi suara hati aku berkata..KAU, kalau ko takut sangat lebih baik jangan masuk, TAPI, bukan selalu ko dapat peluang macam ini. Akhirnya berbekalkan labcoat dan tisu di hidung dan mulut aku follow brother medik (tourist guide) to mengelilingi lab. Di tengah-tengah lab ada FIVE BODY. YA Allah! sekali lagi aku beristigfar memohon kekuatan. Perasaan ingin tahu melebihi segalanya.  Itu di dalam bilik yang aku nampak. Kata brother tu dalam bilik sejuk beku ada banyak lagi. Kami tanya beribu ke? dia kata not sure!! menunjukkan memang banyak. 

Mula-mula kami diberi penerangan mengenai organ-organ betul dalam tubuh manusia. REAL beb (akibat ketaksuban yang extrem). Masa ini juga mata dan hidung aku mula mengeluarkan cecair. Manakala, tekak aku loya. Cover malu kalau aku termuntah dalam lab tu, dah lah ramai bakal doktor-doktor muda. HUH..simpang 44 malaikat.

Dah habis mengelilingi organ-organ dalam manusia, kami sekarang berhadapan dengan mayat yang diawet dan kelihatan kehitaman. Subhanallah..first time in my life see the body infront of my eyes. Sungguh, sebelum ini, hatta sekali pun aku tak pernah tengok orang mati.

Weii..kelas!!!

Nanti aku sambung cerita. i’ve got to go now. I’ve class.

Cerita lepas ini membuatkan aku lebih fobia.

UPDATE (23/09/2008)

Ada lima mayat atas meja. Pelbagai bentuk. Ada mayat yang sudah hancur ‘dikerjakan’ pelajar-pelajar medik semasa belajar, semua isi perut mayat sudah tiada tangan, kaki dan badan sudah bercerai. Kalau tengok secara imbas tidak menggerunkan, tetapi kalau kamu tengok betul-betul kamu akan terasa ngeri. Badan mayat tersebut tidak seperti mayat biasa yang masih fresh, tapi jika kamu lihat kepala mereka memang betul, mereka adalah manusia. Walaupun muka mayat tersebut disembunyikan disebalik kain atau tisu, kita masih boleh agak mereka adalah manusia betul. Teruskan membaca…

Seperti melepaskan batok/batuk ditangga

Salam semua..

Nak tanya nih mana satu yang betul antara dua peribahasa ini:

seperti melepaskan batok di tangga

                      atau

seperti melepaskan batuk di tangga

Aku adalah generasi moden pada hari ini. Tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai peribahasa Melayu terdahulu dan juga perkataan-perkataan Melayu Klasik.

Kepada: Ahli linguistik semua. 

Wassalam..

MONDAY MORNING BLUE

Salam semua..

I HAVE A BAD DAY!!! MONDAY MORNING BLUE!

Hari ini semua tak kena, padahal sebelum keluar daripada rumah aku sudah berdoa semoga hari ini diberkati dan baik-baik saja. Tapi, doa ku belum dikabulkan lagi. Ada saja yang menyakitkan hati. Ada saja yang datang mencari pasal dengan aku. Ada saja yang buat sinis dengan aku. Bosan.

Aku boleh sabar selagi tahap kesabaran aku belum dipenghujungnya. Tapi aku tak janji sampai bila. Aku bukan dalam golongan ahli sufi yang terlalu baik dan penyabar. Lahar kemarahan aku kadang-kadang tercetus juga. Air mata aku cepat saja bergenang, tunggu saat untuk tumpah. Tapi bersebab.

Hari ini baik saja mood aku. Sampai je di kampus entah aura siapa mengenai aku, sampai aku hilang ke RASIONALan nya. Bad situation. Aku tak suka. Aku benci. Aku tak ingin lalui. Cepatlah hari ini beredar. Tukar kepada lebih baik, aku mohon.. Allah..Allah..aku tak daya lagi.

Aku terfikir, jahat sangat ke aku ini, mungkin itu balasan bagi orang-orang macam aku ini. Allah tunjuk kan DIRECT untuk aku dibulan mulia ini. So, aku tidak dapat buat apa-apa melainkan berubah, dear!

Aku diduga..

Wassalam..

Susah sangatkah kalau berbuat baik?

Salam semua..

Apakah? salahkah kalau aku berbuat baik untuk menolong orang lain yang dalam kesusahan. Akhirnya kebaikan aku dijadikan satu alasan untuk membuktikan aku yang bersalah. Satu hari aku menjeruk rasa. Sungguh, aku tidak puas hati kepada ‘mereka-mereka’ ini.

Berkali-kali aku memberi pengertian kepada ‘mereka’ ini, tapi alasan aku tidak diterima. Bagi ‘mereka’ tidak perlu terangkan apa-apa dan memberi alasan di hadapan ‘mereka’ yang penting ‘benda’ yang ‘mereka’ nak ada.

Aku terasa maruah aku dipijak-pijak. aku tidak diberi peluang untuk membela diri. How come!!!!

Where’s the freedom of speech and expression? Huh..aku buntu. Bukan aku nak mengelak untuk tidak mahu bertanggungjawab, tapi buat masa ini aku sungguh sibuk dengan hal-hal yang memerlukan perhatian.

Aku bukan pesalah yang mesti dihukum mandatori tanpa ada pembelaan kedua. Aku berhak mempertahankan diri sendiri.

p/s: Pikir dulu sebelum buat baik dengan orang lain. Susah sangatkah kalau berbuat baik?.

Mereka tidak sopan

Aku: ada spot check la..

Maira: Iye ker? check matrik kad ke?

Aku: iyelah tu..nasib bek aku pakai hari ni..(kebiasaanya aku tak pakai pun, klu tak file yang guna, beg aku jadi mangsa)

Maira: K.ida tolong aku kuarkan matrik ni..(Time ni dia pakai dalam tudung)

Aku: OK..jangan risau la, pakai kat dalam ke luar ke, asal dia orang nampak.

Turun je dari bas..

Pak cik guard yang berkumis tebal (lebih tebal dari datuk K) melambai-lambai ke arah aku dan Pija.

Aku: Ja, diorang check stokin la..

Pija: Alamak kita x pakai..

Aku: Habis…

Pak Cik Kumis Tebal: Korang ni nak g belajar ke nak g pasar?

Aku dan Pija jalan tanpa pedulikan pertanyaan beliau. Mungkin tak berpuas hati dengan kami dia bertanya lagi.

Aku: Pergi belajarlah..(dengan muka bengang)

Kakak HEP yang Garang: Korang nak g ‘merende’ ker?

Ohh..Ya Allah..membara hati aku. Muka aku pun bertukar kaler. Rasa macam nak bagi smack down je tulang leher akak tu. Biar patah riuk. Biar pun aku tak faham perkataan tu, tapi aku rasa maksudnya amat menjelikkan. Betul kan?

Sungguh tidak bersopan. Aku tahulah ‘diorang’ menjalankan tugas tapi gunakanlah bahasa yang ‘berpatutan’. Aku sungguh geram. Aku didenda, tapi mengikut budi bicara akak guard yang baik aku dan pija dibebaskan. Terima kasih…tapi bukan kepada Si Pak Cik Berkumis Tebal dan Kakak HEP yang TAK BERSOPAN!!!!

Ramadhan terakhir aku

Salam semua..

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan puasa aku pada tahun ini. Selalunya hari pertama puasa aku akan lemah-selemah-lemahnya. Aku akan berasa sangat letih. Tapi tidak tahun ini. alhamdulillah tidak terhingga.

Tahun ini juga adalah tahun terakhir aku berpuasa bersama teman-teman sekuliah. Sudah empat tahun kami bersahur dan berbuka bersama. Sedih.

Banyak kenangan selama tempoh kita meraikan Ramadhan bersama, teman-teman. Aku tak akan pernah lupa. Ohh..terharunya. Sungguh. Entah bila kita dapat bersama seperti 3tahun lalu dan pada hari ini.  

Terima kasih guys…kenangan yang kita cipta bersama sungguh indah dalam kotak memori ingatanku.

Tahun depan jika aku punya umur yang panjang dan akan jumpa Ramadhan kembali aku akan berpuasa bersama keluarga tersayang.

K..teman-teman, ciptalah kenangan terakhir kita pada hari ini untuk kita kenang kelak di masa hadapan.

p/s: Wei..guys meh rotate bilik time berbuka…