Aku: ada spot check la..

Maira: Iye ker? check matrik kad ke?

Aku: iyelah tu..nasib bek aku pakai hari ni..(kebiasaanya aku tak pakai pun, klu tak file yang guna, beg aku jadi mangsa)

Maira: K.ida tolong aku kuarkan matrik ni..(Time ni dia pakai dalam tudung)

Aku: OK..jangan risau la, pakai kat dalam ke luar ke, asal dia orang nampak.

Turun je dari bas..

Pak cik guard yang berkumis tebal (lebih tebal dari datuk K) melambai-lambai ke arah aku dan Pija.

Aku: Ja, diorang check stokin la..

Pija: Alamak kita x pakai..

Aku: Habis…

Pak Cik Kumis Tebal: Korang ni nak g belajar ke nak g pasar?

Aku dan Pija jalan tanpa pedulikan pertanyaan beliau. Mungkin tak berpuas hati dengan kami dia bertanya lagi.

Aku: Pergi belajarlah..(dengan muka bengang)

Kakak HEP yang Garang: Korang nak g ‘merende’ ker?

Ohh..Ya Allah..membara hati aku. Muka aku pun bertukar kaler. Rasa macam nak bagi smack down je tulang leher akak tu. Biar patah riuk. Biar pun aku tak faham perkataan tu, tapi aku rasa maksudnya amat menjelikkan. Betul kan?

Sungguh tidak bersopan. Aku tahulah ‘diorang’ menjalankan tugas tapi gunakanlah bahasa yang ‘berpatutan’. Aku sungguh geram. Aku didenda, tapi mengikut budi bicara akak guard yang baik aku dan pija dibebaskan. Terima kasih…tapi bukan kepada Si Pak Cik Berkumis Tebal dan Kakak HEP yang TAK BERSOPAN!!!!