Salam semua..

Apakah? salahkah kalau aku berbuat baik untuk menolong orang lain yang dalam kesusahan. Akhirnya kebaikan aku dijadikan satu alasan untuk membuktikan aku yang bersalah. Satu hari aku menjeruk rasa. Sungguh, aku tidak puas hati kepada ‘mereka-mereka’ ini.

Berkali-kali aku memberi pengertian kepada ‘mereka’ ini, tapi alasan aku tidak diterima. Bagi ‘mereka’ tidak perlu terangkan apa-apa dan memberi alasan di hadapan ‘mereka’ yang penting ‘benda’ yang ‘mereka’ nak ada.

Aku terasa maruah aku dipijak-pijak. aku tidak diberi peluang untuk membela diri. How come!!!!

Where’s the freedom of speech and expression? Huh..aku buntu. Bukan aku nak mengelak untuk tidak mahu bertanggungjawab, tapi buat masa ini aku sungguh sibuk dengan hal-hal yang memerlukan perhatian.

Aku bukan pesalah yang mesti dihukum mandatori tanpa ada pembelaan kedua. Aku berhak mempertahankan diri sendiri.

p/s: Pikir dulu sebelum buat baik dengan orang lain. Susah sangatkah kalau berbuat baik?.