Salam semua…

Kelmarin aku dan 6 kawan-kawan yang lain menjadi wakil fakulti dalam pertandingan SCRABBLE di Pandan Indah, FPSK (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan). Aku main just for fun je. Player lain, bersungguh-sungguh bermain sebab niat mereka datang hanya untuk bertanding untuk menaikkan nama fakulti mereka, tapi bagi aku dan rakan-rakan pergi hanya untuk menghilangkan tekanan dan hanya untuk melawat bekas kampus dahulu.

Berapa kali aku lost turn main, peserta table aku senyap-senyap tersenyum sinis. Whatever guys, aku memang tak nak menang pun. Aku saja bagi peluang korang menang (iyelah tu..hihi..). Tapi tahniah pada kawan-kawan aku yang secara tak sengaja termasuk dalam quarter final. Masing-masing tak nak masuk hall, sebab kitorang nak g tour de faculty. Last-last minute change their mind and involve again. Korang memang best.

Ni nak cerita, aku masuk lab budak-budak medik ni. Just for seeing the BODY!!!. Sebelum masuk lab tu, ada certain regulation, salah satunya..you brave enough. Oh…Ya Allah! first masuk aku macam nak tumbang je depan pintu lab, tapi Allah Maha kuasa, Dia nak tunjukkan kuasa dia kepada manusia yang lemah macam aku ini. Sebelum tu juga aku berkira-kira tak nak masuk tapi suara hati aku berkata..KAU, kalau ko takut sangat lebih baik jangan masuk, TAPI, bukan selalu ko dapat peluang macam ini. Akhirnya berbekalkan labcoat dan tisu di hidung dan mulut aku follow brother medik (tourist guide) to mengelilingi lab. Di tengah-tengah lab ada FIVE BODY. YA Allah! sekali lagi aku beristigfar memohon kekuatan. Perasaan ingin tahu melebihi segalanya.  Itu di dalam bilik yang aku nampak. Kata brother tu dalam bilik sejuk beku ada banyak lagi. Kami tanya beribu ke? dia kata not sure!! menunjukkan memang banyak. 

Mula-mula kami diberi penerangan mengenai organ-organ betul dalam tubuh manusia. REAL beb (akibat ketaksuban yang extrem). Masa ini juga mata dan hidung aku mula mengeluarkan cecair. Manakala, tekak aku loya. Cover malu kalau aku termuntah dalam lab tu, dah lah ramai bakal doktor-doktor muda. HUH..simpang 44 malaikat.

Dah habis mengelilingi organ-organ dalam manusia, kami sekarang berhadapan dengan mayat yang diawet dan kelihatan kehitaman. Subhanallah..first time in my life see the body infront of my eyes. Sungguh, sebelum ini, hatta sekali pun aku tak pernah tengok orang mati.

Weii..kelas!!!

Nanti aku sambung cerita. i’ve got to go now. I’ve class.

Cerita lepas ini membuatkan aku lebih fobia.

UPDATE (23/09/2008)

Ada lima mayat atas meja. Pelbagai bentuk. Ada mayat yang sudah hancur ‘dikerjakan’ pelajar-pelajar medik semasa belajar, semua isi perut mayat sudah tiada tangan, kaki dan badan sudah bercerai. Kalau tengok secara imbas tidak menggerunkan, tetapi kalau kamu tengok betul-betul kamu akan terasa ngeri. Badan mayat tersebut tidak seperti mayat biasa yang masih fresh, tapi jika kamu lihat kepala mereka memang betul, mereka adalah manusia. Walaupun muka mayat tersebut disembunyikan disebalik kain atau tisu, kita masih boleh agak mereka adalah manusia betul.

Ada mayat yang masih sempurna tetapi sudah dipotong bahagian-bahagian tertentu. Brother tu kata mayat yang masih sempurna itu adalah untuk projek pembelajaran pelajar junior.

Tapi, aku pelik semasa melihat kulit mayat tersebut. Aku bandingkan kulit kita yang masih hidup dengan mereka yang mati. Sungguh berbeza. Kulit mereka sungguh tebal. Macam tak percaya itu adalah bentuk kulit kita sebenar. Sungguh besar ciptaan Allah.

Tamat. Selesai lawatan, aku masih terbayang-bayang mayat di depan mata. Terasa nak muntah bila teringatkan bentuk hati, jantung, paru, otak dan macam-macam organ lagi. (Kalau korang seorang ‘pemakan’ hati atau paru, lebih baik jangan tengok, anda tidak lalu untuk makan lagi. Sungguh)

Malam tu aku dan kawan-kawan lain sampai di asrama dalam jam 11.30 malam. Sejuk. Tapi aku terpaksa mandi. Sebab kata orang tua-tua lepas kita menziarahi mayat kita mesti mandi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pakaina yang kau pakai masuk semasa tengok mayat kau belum sempat cuci, letih wei..jadi aku letak kat luar bilik. Semua benda yang aku bawa time tengok body tu aku letak kat luar bilik. Takut ‘dia’ ikut masuk. Tapi…

Hah..akibat daripada ketaksuban dan keterujaan melihat mayat, akhirnya malam ku sepi tanpa tidur yang nyenyak. Aku dibuai mimpi-mimpi yang ngeri. Aku tidak boleh menutup mata, asal saja aku pejam mata terbayang-bayang lembaga hitam. Arghhh..ngeri sangat. Aku ubah posisi tidur, dan tidak menjadi. Malam ku hancus tanpa tidur yang nyeyak walhal semua urat saraf sungguh letih dan inginkan rehat. Jam menunjukkan angka 3.50 baru mata ku boleh lelap. tapi tidak lah senyenyak kebiasaanya. Sehingga aku ter’MISS’ sahur aku.

Dalam kelas Etika dan Protokol yang bermula 8 pagi aku jadi zombi. Dengan mata yang lebam dan sepet aku tak dapat tumpukan perhatian. Mood sedikit kacau. I need sleeeeeep properly.

Lepas kelas je aku tanpa segan dengan adik-adik junior, aku tidur dalam Komunikasi Lab selama 2 jam!! tak pernah dalam hidup aku dan selama aku study, tidur di kampus dengan nyeyak. Sedar je dari tidur, baru aku perasan ramai penghuni comlab. Sungguh memalukan. Dengan muka sembab dan mata lebam aku masuk kelas petang. Semua member kata aku demam hari ini. Ya, aku demam terkena…tut..tut..

Moral: Kalau kamu tidak cukup berani dan hebat jangan cuba-cuba mencuba benda yang baru. Sehingga ke hari ini aku masih dibayangi lembaga itu..tapi mungkin bagi orang lain itu adalah perkara biasa, tapi tidak aku. Melihat mayat tidak pernah dalam hidupku. Dan untuk melihat mayat di masa akan datang adalah pilihan terakhir..nauzubillah..

Wassalam…