Salam semua…

Hari ini adalah hari terakhir aku mengupdate blog sebelum cuti raya. InsyaAllah kalau aku tidak sibuk buat kuih raya aku akan update blog selama tempoh itu.

Hari ini juga midterm terakhir aku sebelum bercuti raya.

Hari terakhir aku jumpa kawan-kawan sebelum cuti raya.

Hari terakhir aku menanggung rindu dengan keluarga di kampung. Malam ini rinduku akan terlerai.

Hari terakhir aku stay di asrama yang mempunyai pelbagai kenangan. (Semalam sempat lagi kena saman. Ada SPOTCHECK yang hampeh). Aku berdendam dengan pak guard.

Semalam adalah hari terakhir aku berbuka puasa dengan kawan-kawan. Thanks, akan aku ingat sampai bila-bila.

Hmm..harap-harap janganlah berakhirnya semua sekelip mata. Aku belum bersedia.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Tahu, aku banyak buat silap dengan kamu semua.

Mulut aku laser tak bertempat, tak kira bulan ramadan atau tidak.

Perangai aku yang membosankan, pasti menjelikkan kamu.

Tahu, aku tak dapat ‘survive’ di sini tanpa korang semua.

Tapi, aku tetap sayang korang. 

p/s: Wei..aku balik hostel 04 hb, korang balik lah awal skit..aku takut..takut bosan..oppss..lupa, kirim salam dengan famili kamu semua. (kalau boleh kirim duit raya sekali ye..hihihi…)

Wassalam..