Archive for Oktober 2008

Bukan sesiapa

 

Hidup disebalik penipuan yang menjelekkan

Berselindung di bawah bayangan sendiri yang kelabu

Bertopengkan perasaan yang tiada siapa mengerti

Bukan sesiapa, hanya kita

Yang menggelar semuanya kita yang sempurna

Tidak menerima siapa yang salah dan apa yang kurang

Bukan apa, tidak mahu maruah dipersenda

Kemampuan ditertawa

Bukan sesiapa  

Cuma kita, makhluk tuhan paling sempurna ciptaannya.

CETUS…

Salam semua…

Majalah hasil karya tahun 4 Kewartawanan sudah siap dicetak. Menjadi kewajipan kami untuk menjualnya. Ada 1000 copy untuk dijual. Arghh..siapa nak beli? Sekarang ini pelajar-pelajar sibuk cuti. Lepas abis cuti nak peperiksaan lagi. Bila masa nak baca majalah?

Maknanya, terpaksa tebalkan muka untuk menghabiskan stok. Bukan mudah nak pujuk orang beli.

Muka hadapan majalah CETUS kami..

Muka hadapan majalah CETUS kami..

 Ha..inilah rupa bentuk majalah sulung kami. Syukur alhamdulillah, akhirnya berbaloi kepenatan. Tahniah semua.

p/s: Untuk tempahan pembelian boleh book dalam blog saya..RM 3.50 sahaja.

Wassalam

Nak kahwin atau tak nak???

Salam semua..

Aku tergelak sendiri baca headline BH online hari ini dalam ruangan dunia. Bakar hotel takut kahwin. Hmm..pelik.

Orang kita tak sabar nak kahwin, sampai lari pergi Selatan Thailand. Kahwin lari. Tetapi lelaki Jepun sorang ni, sampai bakar hotel tak nak kahwin.

Dunia dah nak kiamat le tu. Mereka yang disuruh kahwin tak nak kahwin, yang tak disuruh kahwin nak kahwin. 

Cerita bab kahwin ni, aku nak cerita sikit pasal abang aku ni. Umur beliau sudah menjangkau 26 tahun setengah. Mengikut pemerhatian dan siasatan, beliau belum mempunyai ‘steady girlfrend’. Risau juga fikir kan dia. Dia ada sedikit alergik dengan perempuan (kecuali adik-beradik perempuan dialah).

Pernah, aku bertanya. Kenapa tak suka perempuan. Dia kata perempuan ni susah nak handle. Susah nak faham. Mengada-ngada. Fuhh..berdesyumm!!!! Iye ke?Whateverlah bro..

Pernah, raya pada tahun 2006 bapa aku bertanya. Bila abang aku nak kahwin. Dia kata, dia hanya akan kahwin kalau aku dan 4 adik bawah aku habis belajar dan dapat kerja. Aku congak. Pada masa itu aku baru masuk tahun pertama di universiti. Maknanya ada 3tahun lagi untuk aku habis belajar. Manakala 2 adik perempuan aku baru habis ambik STPM dan SPM. 2orang adik lelaki aku baru tingkatan 2 dan darjah 6 pada masa itu. Cuba bayangkan berapa tahun lagi beliau harus menunggu?

Tabik hormat.

Aku, seorang adik yang jahat. Aku fikir abang aku hanya main-main dengan penyataan dia ni. Mungkin dia berubah keputusan. Jadi, 2 tahun kemudian aku bertanya semula. Bila abang nak kahwin?

Jawapan dia tetap sama. Dia nak aku dan adik-adik abis belajar dan dapat kerja yang bagus. Pada hari ini aku dah semester akhir di universiti. 2 adik perempuan aku masih belajar di politeknik Sultan Idris dan seorang baru habis ambik sijil di IKBN Kuala Kubu. 2 orang adik lelaki aku baru habis ambik SPM dan masih berada di tingkatan 2. Cuba hitung, berapa tahun lagi abang aku harus menunggu?                                           

Sayang sangat dengan abang aku ni. Hormat dia sebagai abang yang bertanggungjawab. Dia korbankan masa depannya kerana kami. Adik-adiknya. Terima kasih tidak terhingga.

Dia pernah kata padaku. Nanti kalau abang dah tua. Tiada siapa-siapa, akulah harus menjaganya. Akulah yang mesti membalas jasanya. Abang, jangan pernah minta, aku akan berbuat demikian. Biarpun dia punya sesiapa, aku mesti balas jasanya.    

Itu kisah abang aku. Kisah akak aku berlainan pula.

Ini kisah kakak sulung aku. Dia berkahwin pada umur 23 tahun. Dulu ketika dia melihat kesusahan keluarga kami dia akan berkata ” menyesal akak kahwin awal, tak dapat tolong mak ngan bapa support kamu belajar”.

Pada hari ini, kalau bukan abang aku, akak aku inilah sumber kewangan aku. Alhamdulillah, alam perkahwinan dia membawa rezeki kepada keluarga kami. Banyak yang berubah hasil pertolongan dia dan suaminya. Terima kasih tidak terhingga akak. Jasamu tidak ternilai untukku.

Macam-macam jenis manusia. Manusia ni makhluk Allah yang paling teruk dan susah nak faham. Wallahua’lam Bis Sawwab.

Wassalam

Rindunya…

Kak Ngah dan kak long..anak sedara aku yang semakin meningkat dewasa.

Kak Ngah dan kak long..anak sedara aku yang semakin meningkat dewasa.

 

Cute nye dia orang ni..ni yang buat cik ida rindu..

Cute nye dia orang ni..ni yang buat cik ida rindu..

 

Kak Long yang cantik dan bijak

Kak Long yang cantik dan bijak

 

kak ngah yang cute dan manja

kak ngah yang cute dan manja

Cuti yang bukan cuti

Salam semua..

Yuhuuuu…

I’m free now. Tidak perlu bergegas ke kuliah pagi. Tidak perlu bersengkang mata menyiapkan kerja last minute. Tidak perlu bertekak untuk tugasan kumpulan. Tidak perlu bangun pagi-pagi buta. Aku cuti belajar sekarang.

Tetapi…ada lagi yang belum selesai. Cutiku diganggu-gugat oleh aktiviti yang disusun oleh pihak fakulti, abang aku dan adik aku.

Esok dan Ahad aku dan rakan-rakan diwajibkan menghadiri kursus industri untuk praktikal. Petang ahad aku terpaksa bergegas balik ke Kajang, abang sulung aku buat rumah terbuka. Kurang kaki tangan, jadi aku di import sebagai kaki dan tangan membantu apa yang patut.

Isnin aku perlu balik ke Melaka. Adik aku paksa ikut dia. Tensi. Kenapa? berbakul-bakul alasan dia bagi kat aku. Dan dalam keadaan terpaksa aku terpaksa turutkan. Aku akan berada di Melaka sehingga hari Rabu.

01  hingga 02 November aku diwajibkan mengikuti bengkel kewartawanan yang disusun oleh pihak fakulti. Dua hari bagiku sungguh menyeksakan. Harap-harap bengkel itu berguna untuk aku.

Jadi bila masa aku nak selesaikan hutang tesis dan projek seminar yang masih terbengkalai? Study week? Maknanya aku tidak dapat study sebelum exam. Aku perlu mengemas kinikan nota-nota aku.

Hmm..tanggungjawab, terpaksa dan suka-suka?

Wassalam..

Makan laju-laju boleh gemuk?

Salam semua…

Aku selalu makan laju. Bukan laju tahap gelojoh gabanlah, juz laju yang bersopan orang cakap. Aku selalu makan macam ini semasa aku terlewat nak menghadiri kuliah, kalau aku makan benda sedap, tak nak bagi orang lain mintak (ni auta semata, aku bukan kedekut erk), kalau banyak benda nak buat selepas makan, kalau aku malas nak makan, aku akan makan secepat yang mungkin sebelum aku luah balik, aku makan laju time aku ngantuk, tak sabar nak menghadap cik bantal. Huh..time inilah aku akan makan laju plus malas plus mengantuk plus tak senonoh = laju tahap gelojoh.

Jangan pikir aku perempuan aku tak boleh buat macam lelaki selalu buat. Hehe…tapi pandailah aku cover kalau makan depan orang ramai, lebih-lebih lagi depan ehem..

Aku cerita pasal ni sebab aku baru terbaca news di dalam Berita Harian: Makan laju, kenyang punca gemuk

Aku tersedar selepas aku baca berita ni.

PARIS: Sekumpulan saintis Jepun mendakwa golongan pelahap atau mereka yang makan dengan laju hingga kenyang adalah tiga kali ganda lebih mudah menjadi gemuk berbanding mereka yang makan secara perlahan dalam jumlah yang sederhana.

Ooo… ye ke? Begitu ke? Dengan mulut terbuka sedikit.

Hmm..kes aku berlainan, walaupun aku selalu makan laju tetapi aku makan bukan sampai kenyang. Aku isi cukup-cukup ruang usus, ngam-ngam kantung makanan  dan sesedap rasa perut tanpa rasa kenyang sangat, rasa mual hendak muntah atau kulit perut terasa kencang dan tegang.

Itulah sampai hari ini badan aku tetap ‘cool’ je, langsing dan hanya memakai pakaian saiz S tau (riak jap..hihi..)

Ikut logik akal betul juga kajian ni, sebab kalau kita makan laju maka kuantiti makanan yang masuk perut kita tanpa sedar adalah dalam jumlah yang besar. Ada teori mengatakan jikalau kita makan sambil buat kerja sama ada menonton tv atau buat kerja lain kita akan makan dalam kuantiti yang banyak. Betul tak?

Hmm..kajian telah dilakukan dan keputusan sudah pasti. Jadi mahu apa lagi dipersoalkan?Diet paling best..jangan makan laju-laju..

Wassalam..

Salah sendiri le tu..

Aku: Benci lah..

Hati aku: Padan muka ko. Sebelum ni asyik nak enjoy jer. Pelajaran dan assigment ko pandang enteng

Aku: Ala..aku bajet boleh siaplah sebelum abis sem ni, tapi aku tersalah bajet pula..

Hati aku: aku taulah ko ni spesis yang suka tangguhkan kerja, tak perlu nafikan lagi. Aku lebih kenal siapa diri ko sebenar

Aku: Ok, aku mengaku bersalah..tapi, tolong jangan nak tunding jari kepada aku lagi. Sekarang tolong selesaikan masalah aku pula

Hati aku:Ohhh..aku  tidak masuk campur..

Aku: Ala..please..tolonglah kau..

Hati aku: Dulu berkali-kali aku nasihatkan supaya jangan terlalu leka. Tapi, kau buat ‘derk’ je dengan aku.

Aku: OK..

Hati aku: Sekarang lu pikir la sendiri..kata Nabil. Bukan ko suka sangat ke dengan mamat ni?

Aku: Benci betul ko ni..blah la lu..

Hati aku: Aku blah la nihh..

Moral: aku tertekan oleh bebanan tugasan!!! Jangan cuba macam perangai aku, suka tangguhkan kerja, akhirnya…aku yang merana..hampeh! salah sendiri le tu. Serve your right!!!

Jadi pelajar yang berjiwa kental, positif, rajin dan optimistik, ok.