Salam semua..
Kalau orang lain banyak kisah gembira, kisah yang boleh dikenang dengan senyuman. Tapi aku..
Banyak sangat masalah berlaku semasa raya tahun ini. Konflik dalaman dalam keluarga besar aku. Aku tak tahulah kenapa masih begitu, masalah ini telah berlaku setengah abad kelahiran mak aku. Sehingga hari ini tiada penyelesaiannya. Orang paling kasihan adalah mak aku. Individu paling tertekan adalah mak aku.
Itu cerita pertama. Aku tak tahu sampai bila. Nenek ku ‘sayang’, selagi masalah ni berlaku, aku tidak akan maafkanmu. Maaf, aku terlalu emosi. Aku tahu raya ini kita perlu bermaafan. Tapi aku tidak boleh memaafkan orang ‘ini’ kerana hal itu. Maaf.
Maaf. Aku tidak mahu membuka pekung di dada. Cukup satu cerita ini. Tapi biarpun satu, ia membawa kepada pelbagai bencana. Cukup bagiku, raya tahun ini dapat melihat wajah ibu dan ayah. Senyuman kegembiraan mereka. Mendengar bebelan mereka kepada anak dan cucunya. Mendengar mereka bertakbir di malam raya. Keceriaan mereka menyambut tetamu, beramah mesra dengan kawan-kawan lama. Sudah cukup bagiku.
Maaf semua. Entri ini bukan meluah emosi. Tapi, ya. Sebenarnya memang betul. Aku tertekan. Maaf semua.
Wassalam.
1 responses to “Maaf.”
hafilez
17 Oktober 2008 at 05:36
situasi kita sama dgn problem yg b’beza…tp cam yg ak ckp, brt mata mmndg brt lg bahu yg memikul ny..kdg2 ak rasa ego manusia mnjd bara api ny.klu lh dpt dibuang ego itu jauh2 mgkin hubungan darah yg t’jalin sjk azali xt’lerai bgtu sj..sedih…
Sabar adalah kekuatan, dan hanya mampu kita lakukan sebagai pemerhati..ego bukan apa-apa, tuan si EGo control tahap keegoan.