Salam semua..

Aku tergelak sendiri baca headline BH online hari ini dalam ruangan dunia. Bakar hotel takut kahwin. Hmm..pelik.

Orang kita tak sabar nak kahwin, sampai lari pergi Selatan Thailand. Kahwin lari. Tetapi lelaki Jepun sorang ni, sampai bakar hotel tak nak kahwin.

Dunia dah nak kiamat le tu. Mereka yang disuruh kahwin tak nak kahwin, yang tak disuruh kahwin nak kahwin. 

Cerita bab kahwin ni, aku nak cerita sikit pasal abang aku ni. Umur beliau sudah menjangkau 26 tahun setengah. Mengikut pemerhatian dan siasatan, beliau belum mempunyai ‘steady girlfrend’. Risau juga fikir kan dia. Dia ada sedikit alergik dengan perempuan (kecuali adik-beradik perempuan dialah).

Pernah, aku bertanya. Kenapa tak suka perempuan. Dia kata perempuan ni susah nak handle. Susah nak faham. Mengada-ngada. Fuhh..berdesyumm!!!! Iye ke?Whateverlah bro..

Pernah, raya pada tahun 2006 bapa aku bertanya. Bila abang aku nak kahwin. Dia kata, dia hanya akan kahwin kalau aku dan 4 adik bawah aku habis belajar dan dapat kerja. Aku congak. Pada masa itu aku baru masuk tahun pertama di universiti. Maknanya ada 3tahun lagi untuk aku habis belajar. Manakala 2 adik perempuan aku baru habis ambik STPM dan SPM. 2orang adik lelaki aku baru tingkatan 2 dan darjah 6 pada masa itu. Cuba bayangkan berapa tahun lagi beliau harus menunggu?

Tabik hormat.

Aku, seorang adik yang jahat. Aku fikir abang aku hanya main-main dengan penyataan dia ni. Mungkin dia berubah keputusan. Jadi, 2 tahun kemudian aku bertanya semula. Bila abang nak kahwin?

Jawapan dia tetap sama. Dia nak aku dan adik-adik abis belajar dan dapat kerja yang bagus. Pada hari ini aku dah semester akhir di universiti. 2 adik perempuan aku masih belajar di politeknik Sultan Idris dan seorang baru habis ambik sijil di IKBN Kuala Kubu. 2 orang adik lelaki aku baru habis ambik SPM dan masih berada di tingkatan 2. Cuba hitung, berapa tahun lagi abang aku harus menunggu?                                           

Sayang sangat dengan abang aku ni. Hormat dia sebagai abang yang bertanggungjawab. Dia korbankan masa depannya kerana kami. Adik-adiknya. Terima kasih tidak terhingga.

Dia pernah kata padaku. Nanti kalau abang dah tua. Tiada siapa-siapa, akulah harus menjaganya. Akulah yang mesti membalas jasanya. Abang, jangan pernah minta, aku akan berbuat demikian. Biarpun dia punya sesiapa, aku mesti balas jasanya.    

Itu kisah abang aku. Kisah akak aku berlainan pula.

Ini kisah kakak sulung aku. Dia berkahwin pada umur 23 tahun. Dulu ketika dia melihat kesusahan keluarga kami dia akan berkata ” menyesal akak kahwin awal, tak dapat tolong mak ngan bapa support kamu belajar”.

Pada hari ini, kalau bukan abang aku, akak aku inilah sumber kewangan aku. Alhamdulillah, alam perkahwinan dia membawa rezeki kepada keluarga kami. Banyak yang berubah hasil pertolongan dia dan suaminya. Terima kasih tidak terhingga akak. Jasamu tidak ternilai untukku.

Macam-macam jenis manusia. Manusia ni makhluk Allah yang paling teruk dan susah nak faham. Wallahua’lam Bis Sawwab.

Wassalam