Archive for November 2008

Di situ adanya aku, dia dan mereka

Ni saat terakhir di bumi USIM, sempat lagi ikut budak broadcast g shooting untuk filem pendek.
Ada bakat jadi ibu x? jangan tak tau ni pelakon utama tau..

Ada bakat jadi ibu x? jangan tak tau ni pelakon utama tau..

Aku tolong angkat baby yang ken abuang ni..cian dia menangis sungguh-sungguh..
Aku tolong angkat baby yang ken abuang ni..cian dia menangis sungguh-sungguh..
Kameraman..cian terpaksa ambik shoot paling susah. Bravo bro..

Kameraman..cian terpaksa ambik shoot paling susah. Bravo bro..

Ni makhluk-makhluk asing yang tiada kerja..krew produksi yang makan tulang tau..

Ni makhluk-makhluk asing yang tiada kerja..krew produksi yang makan tulang tau..

Kalau sudah perempuan, perempuan gak. Tak abis-abis bergambar..hampeh tul

Kalau sudah perempuan, perempuan gak. Tak abis-abis bergambar..hampeh tul

Ibu mengandung jadi duta cawan jap..

Ibu mengandung jadi duta cawan jap..

Inilah team produksi buat filem pendek, aku kaki penyibuk jer..harhar..

Inilah team produksi buat filem pendek, aku kaki penyibuk jer..harhar..pas penat berlakon g supper plak..congretes team

Ha..itu untuk filem pendek ‘Nafsu’. Tuk filem pendek ‘nasi lemak’ aku jadi pelakon tau..meh tengok gambar poyo aku..kuikui..
Ni ngah jual nasik lemak..skrip? hentam..

Ni ngah jual nasik lemak..skrip? hentam..

Panas weii..kul 3petang jual nasi lemak..

Panas weii..kul 3petang jual nasi lemak..Ni tunggu arahan daripada pengarah..woit..buat apa tu? tak panas ke bro?

 

 Inilah wajah-wajah team 'nasi lemak'..orang kuat le..

Inilah wajah-wajah team 'nasi lemak'..orang kuat le..

 
 Aku rasa inilah kali terakhir aku beraktiviti sebelum grad..sedih banget..Tak apa kenangan itu kan lebih baik..guys i really miss u all..Gud luck praktikla ya..Budak Jakim, TV3, Bernama, Utusan, Berita Harian dan RTM & Astro. Wat yang terbaik tau..Jumpa lagi nanti.

Selamat tinggal teman, selamat tinggal kenangan

Ipa bercuti baik-baik tau. Jangan lupakan kami di sini ya. Naik kapal terbang elok-elok. Sampaikan salam untuk keluarga di Sabah. Panjang umur kita ketemu lagi. Teringat lagu drama Korea tu, tak ingat drama apa..

Good bye my fren

Good bye my fren

Kami semua akan merindui kamu.

Chow cincau yeossss…

Entri tiada makna..^..^

Dia 1: Jom balik!!!!!

Dia 2: Exam dah habis. Semester pun dah habis. Yang ko still duk kat situ apasal? baliklah weiii..

Dia 1: Nak tunjuk rajin lah tu..

Dia 2: Semeseter depan datang baliklah beb..

Aku: Bodoh-bodoh alang betul budak ni. Lurus punya bendul punya budak.

Dia1: Sesedap rasa je memaki orang ye

Dia 2: Entahle budak sekor ni. Ikut siapa punya perangai pun aku tak tau. 

Aku: Masuk u tapi bodoh masih lagi bertingkat-tingkat. Mangkuk hayun betul.

Dia 1: Yang ko marah berapi-api ni pesal hah?!

Aku: Korang saja naik kan kemarahan aku yang memang tak abis-abis lagi ni (idung kuar asap dan api)

Dia2: Iye ke? (dengan muka serupa mangkuk jamban)  

Aku: Aku tak boleh balik lagilah. Nak siap kan tesis. Ada faham???

Dia 1 dan Dia 2: ???????

Aku: Faham pun..(tersenyum paling manis)

Dia 1: Kalau iye pun cool skitlah dear..

Dia 2: Nanti aku belanja ABC yekk..

Aku: Aku suka..

Dia 1: Jangan sedih , aku boleh balik dah..huhu..

Dia 2: Aku pun begitu jua (sambil menyanyi riang)

Aku: Aku suka..suka sangat makan orang..nyum..

 

Moral: Aku tak boleh balik lagi, dear..

Only a day

Try to have a little fun each day

Smile at least once a day

There is always someone

Who loves you more than you know

Who loves you more than they do

Love someone with all your  heart

Even you feel you not brave enough

Although you know you not have a such feel right

One good thing

Dont overly concern about your revenge

Enough, it’s truly enough

You are truly sick, dear…

 only a day,,

Ketulusan hati itu milik siapa?

SPECIAL ENTRI UNTUK SI DIA YANG KU ANGGAP KAWAN:

Soalan ini aku tujukan kepada dia yang berkenaan:

1) Kenapa buat muka dengan aku?

2) Apa salah aku? bagi tahu supaya aku tahu!!!

3) Besar sangatkah kesalahan itu sampai begini keadaannya?

4) Seingat aku, biarpun aku pelupa. Aku tak ada buat sesuatu yang menyakitkan hati pun. Kalau kau ingat bagi tahu aku.

5) Beginikah hubungan 4 tahun yang terjalin berakhir? Kalau itu yang kau mahu, OK, aku turutkan.

6) Tahukah kau? aku seorang pemaaf yang suka berdendam.

7) Tahukah kau? aku seorang pemikir yang tahu berfikir rasional?

8) Tahukah kau aku rasa penat sangat.

9) Tahukah kau? Selagi ruang kemaafan terbuka luas, aku akan terima kemaafanmu itu.

10) Tahukah kau aku bukan sebaik-baik umat Muhammad.

11) Tahukah kau? Jangan ingat aku boleh lupa apa yang pernah kau berlaku tidak adil padaku.

12) Tahukah kau? aku tak akan pernah lupa siapa kau.

13) Tahukah kau? aku hormat kau sebagai yang bermaruah.

14) Tahukah kau? Aku sakit. Menderita menahan amarah yang tak boleh diluah pada sesiapa.

15) Tahukah kau? kemaafan untuk kau akan tertutup selamanya. Sebab aku dah letih. Teramat letih.

 

Maaf semua. Aku tak bermaksud berkongsi kelukaan aku pada semua. Tapi aku tak larat membendungnya sendiri lagi. Maaf semua. Sungguh.

Tapi, untuk Si Dia, aku berharap. Biarpun aku tahu kau terlalu bongkak.

Dia = Adalah Aku!!!!!!

Bukan cita-citanya mahu nama yang gah dipentas kampus, cukup sekadar dapat memuaskan hati insan tersayang yang mengharap dahulu. Bukan banyak yang dia pinta, hanya sekadar apa yang termampu digalas bahu kerdilnya. Bukan senang dia mengapai apa yang dia idamkan sekian lama, satu-satunya yang tersemat kemas dalam lipatan impiannya. Bukan dia mahu berbangga bila yang diingin sudah tercapai, tergenggam kemas dalam tangannya. Bukan, bukan itu semua.

Tapi, dia teramat kecewa. Bukan pada sesiapa. Bukan pada Allah Yang Maha Kuasa, itu jauh sekali, takbur atas takdirnya. Bukan juga pada yang mengharap padanya. Tapi, bukan mereka, tapi dirinya yang alpa.

Dia sudah terlepas peluang yang berharga, yang sesiapa tak mampu milikinya dengan mudah, biarpun sepenuh kudrat digunakannya. Tapi, peluang selurus rahmat tuhan itu dipersiakannya. Sungguh kejam terhadap diri sendiri. Diakah itu yang selama ini mengharap dan terus berharap?

Kau tidak akan dapat mengulang saat gemilang itu, wahai diri. Kau rugi. Lupakan saja apa yang kau inginkan setelah peluang yang nan satu ini kau bebaskan tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya, kekesalan yang menggunung sahaja balasannya.

***************************************** 

Dia = Adalah aku!!!!!

Ini adalah hasil aku muhasabah diri. Empat malam berturut-turut. Inilah kesimpulanya. Aku berdukacita sekarang ini. Mungkin juga esok atau selamanya kalau aku lakukan kesilapan lagi.

 

Sengal ke hapa?

Nama remaja terpanjang dunia

LONDON: Seorang remaja menukar namanya kepada ‘Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman, Batman, Wolverine Hulk and The Flash.’

Nama yang memecahkan rekod kini dianggap nama terpanjang di dunia adalah idea graduan muzik George Garrat, 19.

Beliau menukar namanya menerusi surat ikatan menukar nama secara online berharga £10 (RM55.70) minggu lalu. ‘Captain Fantastic’ berkata: “Saya mahu menjadi unik. Saya mengambil keputusan menggunakan panggilan super hero.”

‘Captain Fantastic’ menyertai sekumpulan individu dengan nama panjang luar biasa termasuk ‘Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth’ Williams, budak perempuan dilahirkan di Texas pada 1984.

Remaja dari Glastonbury, Somerset, menambah, ketika beliau memikirkan mengenai nama barunya adalah ‘gila’, neneknya tidak lagi bercakap dengannya. – Agensi

Unik ke? Sengal, namanya.

Korang nak tukar nama kepada apa? Aku bersyukur nama yang mak dan bapa aku bagi ini. Walaupun kadang-kadang aku tak menyukainya, tapi tidaklah sampai mahu menukar kepada yang pelik.