3 jam yang amat menyesakkan dada.

Hari ini aku ambik kertas peperiksaan pertama. Sadis dan dahsyat. Killer. Terasa longlai seluruh tubuh saat terlihat soalan yang tertera jelas dikertas soalan. Aku nak lari. Lari bersembunyi di mana saja. Tapi apa boleh ku buat, tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus ku dahulukan.

Subjek Etika dan Protokol sungguh susah pada hemat ku. Aku expect soalan tidak lah se’killer’ itu. Kertas subjek ini kombinasi etika dan undang-undang dalam media practisionner.

Tidak pernah dalam sejarah peperiksaan aku tidak cukup masa menjawab. Dan tidak pernah aku duduk dalam dewan peperiksaan selama 3jam penuh. Mengkagumkan. Lenguh tulang belakang tau.

 

aku terkedu sendirian...huhu..apalah nasib badan

aku terkedu sendirian...huhu..apalah nasib badan

Sebelum masuk exam banyak doa yang dikirim teman-teman. Doa yang ku harap akan dikabulkan Alla.
 
“Bismillahirahmannirahim..Ya Allah berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon darimu..Anugerahkan aku kejayaan dalam peperiksaan finalku ini. Anugerahkan kejayaan kepada semua teman-teman ku. Jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian dan juga kepadaku, andai tertulis di Luhmahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan, Engkau yang Maha Agung, mudahkanlah A untuk semua subjek jadi milik kami..Amin”
Suka sangat dengan SMS doa ni, buat aku bersemangat menjawab kertas soalan.
“(Gambar bear melambai) GOod LuCk 4 uR FiNaL ExaM! ” RaBBaNa YaSSiR WaLa Tu’aSSiR, Waj’aLnA MiNaN NaJiHiN”
SMS ni selalu aku terima setiap exam semester
“Enjoy re_ding ur books, t_w_kal, p_ss ex_m, _nd get good gr_de! (some texts are missing bcoz all ‘A’s are going to post in ur result) GooD LuCK FOR UR EXAM (“,) afwan lau ada slap n slah sepanjang perknalan kte…:-) 
Aku berharap betul-betul semua A yang hilang masuk dalam result aku. Tak dapat 7A pun takpa. Sebab semester ini aku hanya da 4 paper je.
Bersemangat kembali. Masa depan masih jauh. Doakan kejayaan aku ya..(“,)
Wassalam..