Bukan cita-citanya mahu nama yang gah dipentas kampus, cukup sekadar dapat memuaskan hati insan tersayang yang mengharap dahulu. Bukan banyak yang dia pinta, hanya sekadar apa yang termampu digalas bahu kerdilnya. Bukan senang dia mengapai apa yang dia idamkan sekian lama, satu-satunya yang tersemat kemas dalam lipatan impiannya. Bukan dia mahu berbangga bila yang diingin sudah tercapai, tergenggam kemas dalam tangannya. Bukan, bukan itu semua.

Tapi, dia teramat kecewa. Bukan pada sesiapa. Bukan pada Allah Yang Maha Kuasa, itu jauh sekali, takbur atas takdirnya. Bukan juga pada yang mengharap padanya. Tapi, bukan mereka, tapi dirinya yang alpa.

Dia sudah terlepas peluang yang berharga, yang sesiapa tak mampu milikinya dengan mudah, biarpun sepenuh kudrat digunakannya. Tapi, peluang selurus rahmat tuhan itu dipersiakannya. Sungguh kejam terhadap diri sendiri. Diakah itu yang selama ini mengharap dan terus berharap?

Kau tidak akan dapat mengulang saat gemilang itu, wahai diri. Kau rugi. Lupakan saja apa yang kau inginkan setelah peluang yang nan satu ini kau bebaskan tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya, kekesalan yang menggunung sahaja balasannya.

***************************************** 

Dia = Adalah aku!!!!!

Ini adalah hasil aku muhasabah diri. Empat malam berturut-turut. Inilah kesimpulanya. Aku berdukacita sekarang ini. Mungkin juga esok atau selamanya kalau aku lakukan kesilapan lagi.