SPECIAL ENTRI UNTUK SI DIA YANG KU ANGGAP KAWAN:

Soalan ini aku tujukan kepada dia yang berkenaan:

1) Kenapa buat muka dengan aku?

2) Apa salah aku? bagi tahu supaya aku tahu!!!

3) Besar sangatkah kesalahan itu sampai begini keadaannya?

4) Seingat aku, biarpun aku pelupa. Aku tak ada buat sesuatu yang menyakitkan hati pun. Kalau kau ingat bagi tahu aku.

5) Beginikah hubungan 4 tahun yang terjalin berakhir? Kalau itu yang kau mahu, OK, aku turutkan.

6) Tahukah kau? aku seorang pemaaf yang suka berdendam.

7) Tahukah kau? aku seorang pemikir yang tahu berfikir rasional?

8) Tahukah kau aku rasa penat sangat.

9) Tahukah kau? Selagi ruang kemaafan terbuka luas, aku akan terima kemaafanmu itu.

10) Tahukah kau aku bukan sebaik-baik umat Muhammad.

11) Tahukah kau? Jangan ingat aku boleh lupa apa yang pernah kau berlaku tidak adil padaku.

12) Tahukah kau? aku tak akan pernah lupa siapa kau.

13) Tahukah kau? aku hormat kau sebagai yang bermaruah.

14) Tahukah kau? Aku sakit. Menderita menahan amarah yang tak boleh diluah pada sesiapa.

15) Tahukah kau? kemaafan untuk kau akan tertutup selamanya. Sebab aku dah letih. Teramat letih.

 

Maaf semua. Aku tak bermaksud berkongsi kelukaan aku pada semua. Tapi aku tak larat membendungnya sendiri lagi. Maaf semua. Sungguh.

Tapi, untuk Si Dia, aku berharap. Biarpun aku tahu kau terlalu bongkak.