Salam semua…

Attention: Perkataan *berkabung* membawa maksud bercuti panjang dan blog ini tidak akan diupdate.

Lama rasanya aku tak bagi salam di dalam blog ni. Jawab tau. Ni, nak kongsi cerita, 17hb ari tu aku dan rakan-rakan ada dinner akhir semester di Hotel A***** K****, Nilai (hotel takdak bintang pun). Berbagai ragam dapat aku lihat. Habis daring semua. All out beb. Teman yang aku tak pernah tengok ber ‘make-up’ habis dah bertempek ‘make-up’ dimuka  pada malam tersebut. Seperti biasa, aku tidak amik pusing pasal tema pada malam dinner tu. aku sempoi. Juz memakai baju kurung Pahang dan tudung biasa yang aku pakai masa kuliah. ‘Make-up’? aku cuma memalit sedikit bedak dan cream fair n lovely dan mencalit sedikit maskara kebulu mataku. Cukup. Segan juga dengan rakan-rakan yang lain, mereka bukan main ikut tema.

Cerita bebudak lelaki pula, ada yang memakai baju melayu dan seluar slack dan baju melayu sepasang tanpa sampin. Lagi sempoi. Budak course lain siap macam nak pergi salam tangan tuk kadi. Budak kom relaks je. Hmm..tak payah baju yang cantik dan muka yang menawan kalau nak happy kan? tapi, malam itu kondisi tubuh aku tidak mengizinkan aku bergembira pada tahap paling maksima, aku diserang demam yamg tak kebah-kebah selama 3 hari. Jadi, pada malam itu aku tidak berupaya membuat kecoh. Tidak kecoh mengejar lensa kamera, tidak kecoh berceloteh dan tidak gelojoh makan( menu malam tu tak berapa best pun, tak rugi tak makan).

Hmm…malam itu juga ada teman-teman yang menangis kesedihan sebab kami akan berpisah selepas ini. Membawa haluan masing-masing dengan membawa tittle ‘fresh graduan’ yang memasuki alam pekerjaan. Takut. Takut untuk keluar dari kepompong selesa ini selama bergelar pelajar. Kehidupan pelajar yang ditaja dan dapat berhidup secara riang ria bersama teman. Ah..keluhan. Perkara paling senang aku buat pada masa ini. Biarlah teman, lepaskan kenangan itu. Kita cipta kenangan baru. Mana mungkin aku boleh lupakan kamu, kenangan bersama kamu. Biarlah bila aku diambang usia emas, aku tidak dapat mengingat namaku, tapi hanya satu dalam kotak memoriku, kenangan bersama kamu. Sedih.

Tukar emosi..:)

Kelakar. Di akhir majlis, kami semua diminta menyanyi lagu ‘Jangan Ada Benci-Cassy’ bersama-sama pensyarah. Hampeh. Lagu ini mempunyai lirik yang sedih dan penuh makna. Teman meja lain menangis tersedu-sedu. Tetapi teman lelaki semeja denganku ketawa galak. Sengallah korang. Yang sorang sibuk merakam. Yang lain sibuk menyanyi dengan penuh perasaan dengan gaya mengejek. Weii..aku yang demam terus kebah. Teman lain sampai mengalir air mata, bukan nangis sedih, tapi refleksi akibat daripada ketawa yang berlebihan. Bebudak lelaki lain siap nyanyi dalam versi Sabah. Masa inilah meja kami menjadi tumpuan mata-mata asing yang tidak puas hati. Kami telah membuat onar dengan bunyi gabungan ketawa dari 10 orang tuan badan. Bergegar satu dewan.

Kesian. Pada malam itu, Puteri dan Putera yang mengikut tema telah terpilih. Seramai 3 orang puteri dan 3 orang putera dipanggil naik pentas. Nasib malang si tuan *puteri. Terjatuh dari pentas. Kaki si puteri termasuk di dalam lubang pentas (aku dah cakap hotel takdak bintang, pentas ada lubang). Pada masa itu aku sibuk merakam dan saat-saat itu telah terakam di dalam tape itu. * identiti tuan puteri dirahsiakan.

Satu peristiwa yang kasihan juga berlaku. Teman rapatku, pada majlis yang ‘grand’ itu sandal yang dipakainya terputus. Sudahnya dia hanya duduk dimeja makan dan sama sepertiku tidak kecoh mengejar lensa kamera dan bertegur sapa dengan teman lain.

Hampeh. Menu pada malam itu sungguh tidak bertaraf hotel. Kami di sajikan dengan hidangan; daging masak kicap berempah, ikan (tak tau nama) masak kari, sayur campur goreng, ayam masak merah, kerabu mangga, kerabu sayur, dan ulam-ulaman yang ku kira dalam 3 atau 4 jenis serta sambal belacan. Pencuci mulut terdiri daripada buah-buahan dalam 3 jenis dan puding. Just it! Ah..keluhan. Aku manusia yang tidak bersyukur. Alhamdulillah atas nikmat makanan itu.

Terkilan. Aku terkilan. Di akhir majlis ada sesi bergambar. Dalam gambar itu mukaku tidak kelihatan. Ke mana ya kamu? ya, pada masa itu aku telah kembali ke asrama. Aku diajak balik oleh seorang pensyarah dengan menaiki keretanya bersama seorang teman. Orang berbudi tak akan aku hendak tolak. Pada mulanya, satu tujuan ku untuk mengambil present  yang beliau ingin beri kepada pelajar kewartawanan yang terletak di dalam keretanya. Akhirnya, aku dan seorang rakan balik saing dengan beliau. Thanks miss untuk hadiah itu dan menghantar kami balik. Tak terkilan sangat pun. Hu3.. 

Habis. Secara ringkasnya dinner itu berlangsung. Nanti aku up-load gambar ya.

Jom sesi bergambar.

Mek-mek yang comel loteh..gorgeous!

Mek-mek yang comel loteh..gorgeous!

team perempuan melayu terakhir..ayu je..

team perempuan melayu terakhir..ayu je..

Inilah muak2 pembuat kecoh majlis..

Inilah muak2 pembuat kecoh majlis..

Ini muka yang tak ikut tema majlis..sempoi..

Ini muka yang tak ikut tema majlis..sempoi..

 

 

 

 

 

Ehemm..matching je..

Ehemm..matching je..

Jejaka rebutan pada malam itu

Jejaka rebutan pada malam itu

Muka dia lagi

Muka dia lagi

Ehem..

Ehem..

 

 

 

 

 

dia lagi..kan aku da kata, jejak rebutan

dia lagi..kan aku da kata, jejak rebutan

Geng-geng meja kecoh

Geng-geng meja kecoh

Cenggini ke orang demam berposing?

Cenggini ke orang demam berposing?

Bergambar bersama pensyarah tersayang

Bergambar bersama pensyarah tersayang