Salam semua…

Pagi-pagi hari lagi aku mulakan dengan perkara lucu. Hari ini buka je wordpress, dashboard tukar design. Puas aku godeh-godeh camna nak view site. Arghh..memalukan betul. Semua aku click. Rupanya..butang view site terletak diheading blog. Sengal tul. taulah aku ni bukan teknology literacy person.

Haha..kalau ingat balik ke’gegeran’ aku pagi tadi sungguh memalukan. HiHi3..

Aku budak ketinggalan zaman. Hakikatnya.

Pengakuan ikhlas. Dulu aku tak suka sangat surf internet. Buka internet just nak cari maklumat untuk assignment. Aku buta internet sungguh. Tapi itu dulu. 3 tahun lalu. Untuk chating online pun aku tidak tahu. Selepas latihan industri di Bernama baru aku ada YM. Tapi sampai sekarang aku tidak berapa berkenan dengan laman ‘social networking’. Aku hanya ada blog dan email.

Blog ini wujud pun hasil aku dan rakan-rakan di’paksa’ pensyarah supaya buat satu laman blog untuk salah satu subjek kuliah, selepas itu semuanya berubah. Aku ketagih internet. Arghh..teknologi yang menyusahkan aku.

Internet addict. Hmm..hidup pada hari ini bergantung pada internet. Sistem pembelajaran pun berubah. Nota dan assignment semuanya diberi melalui internet. Di USIM sendiri ada sistem yang menghubungkan pelajar dan pensyarah iaitu  My Learning Management System (MY LMS). Sistem ini ada laman chat. So, senang je kalau pelajar yang malu nak ketuk bilik pensyarah cuma masuk laman chat ni saja. Pensyarah pun senang, assignment semua letak dalam ni (kalau pelajar yang malas nak buka LMS alamat tak tahu le ada assigmnt baru), nota slide download je kat sini.

Itulah kadang-kadang aku fikir, teknologi ni membantu atau menyusahkan. Whatever dear.