Salam semua..

25 Disember 2008. Genaplah usia ku mencecah 23 tahun. Tua?ya, aku terasa sungguh ‘besar’. Happy belated birthday. Terima kasih kalian( keluarga dan teman-teman) yang masih mengingati hari lahirku. Terima kasih juga untuk hadiah yang sungguh bernilai.

Terima kasih pada Yang Esa kerana mengurniakan untuk ku umur yang panjang sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Tahun ini banyak cerita menarik yang berlaku. Aku dapat kegembiraan yang berganda. Antaranya pada tahun ini aku dapat ahli keluarga baru. Aku dapat 4 anak sedara. 2 lelaki dan 2 perempuan. Nur Amirah Farhana, permata hati pertama abang sulungku. 2 tahun mereka menanti cahaya mata ini. Alhamdulilah pada tahun ini doa mereka termakbul.

Awangku Muhamad Amirul Azwa, putera sulung daripada kakak nombor dua aku. 2 tahun juga mereka menanti putera untuk menemani 2 puteri mereka.

Puteri Zafirah Alesandra, zuriat pertama abang ketiga aku.

 Dan yang baru je lahir 16 Disember ni Mohd Hakim Muhaimin. Permata hati sulung kakak kelima aku. Aku belum berpeluang menatap wajah sikecil ini.

Pada semester ini juga aku memperbaiki keputusan peperiksaan aku. Alhamdulillah.

2008. Kau akan jadi kenangan. Buat pengetahuan, aku ini manusia yang tiada azam untuk tahun baru. Tapi bukan bermakna aku tiada arah hidup (tapi kadang-kadang terpesong dari orbit kebenaran juga!)

Aku bukan individu yang suka menanam azam di awal tahun dan tidak tercapai akhirnya bila hujung tahun menjelma. Boleh kah? Ya, kau juga boleh lakukan. Aku buat begitu agar aku tidak kecewa apabila azam yang ditanam itu tidak menjadi kenyataan. Perasaan terkilan itu lebih dari segalanya. Aku tidak sanggup menerima kegagalan. Nanti aku akan menjadi manusia yang huru-hara jiwanya. Aku menjadi seorang yang tidak siuman dalam beberapa jangka. Aku akan mula menyalahkan diri sendiri. Jiwa kacau. Pada masa itu, matilah segala kerasionalan aku. Jangan suruh aku berfikir secara rasional atau lojik akal. Itu semua tidak membantu. Cukup senang, untuk mengelakkanya jangan buat azam tahun baru. Kolot ke?

2009. Semuanya baru. Aku jadi orang baru, kawan baru, suasana hidup yang baru dan peralihan ke alam baru.

2009 aku mula ber’latihan industri’. Praktikkan teori yang telah aku pelajari selama tiga tahun setengah di dalam kelas. Aku turun padang. Ya. Aku menjadi wartwan pelatih di Utusan Publication. Takut!

Aku kena bertukar dari tidak matang kepada seorang yang berfikiran lebih matang. Tidak boleh main-main. Tugasan tidak boleh aku lewah-lewahkan, sebagaimana aku selalu tundakan tugasan yang pensyarah bagi. Tidak boleh. Nanti hidup aku bertemankan maki dan bersulamkan ‘hamun’.

Kawan aku juga mesti bertukar. Bergelumang dengan ‘otai-otai’ di Utusan. Beramah mesra dengan PR-PR, dan sumber-sumber. Pendek kata aku mesti pandai berlakon. Mengikut skrip. Huh! aku cuba yabg termampu.

Lepas praktikal aku menjadi seorang yang bekerjaya. Aku keluar dari ‘comfort world’ di alam kampus. Alam pekerjaan. Aku akan buat yang terbaik. Bolehkah aku laluinya?

Kalau boleh…2009 jangan muncul. Bolehkah???