Archive for Januari 2009

Suffer!!!

Hmmm..datang je ofis takda semangat. Semenjak ada editor baru masuk ni, perasaan selalu bergejolak. Takut, seram dan tidak bersedia untuk dimarah (tegur).
Rimas juga ada. Aku cuba buat yang terbaik, tapi hanya itu yang aku termampu. Bodoh sangat ke aku ni? Story yang aku buat semua kena edit semula. argggghh…aku nak cepat-cepat habis praktikal.
Terasa diri tersangat kerdil. Bila ‘dia’ memanggil nama-nama mangsa (reporter) lain, aku yang berdebar-debar. Kau tengok air wajah mereka, kau dapat teka apa yang berlaku. Aku bukan ahli silap mata, tapi aku dapat baca ‘sekilas ikan di air aku tahu jantan betinanya’.
Jadi, sekarang aku kena berusaha dengan lebih baik lagi. Doakan kejayaan aku ya!!!

Chow…
Mungkin ini baru permulaan. Aku perlukan perisai yang canggih.

Adik bongsuku

Salam semua..

Cerita mengenai adik bongsu aku. Beliau yang diberi nama Mohd Sahril, berumur sudah 15 tahun pada hari ini. Muka sedikit hansem (mengikut kajian terdahulu, dia mempunyai ramai ‘wanita’ berbagai pangkat contohnya kakak angkat, adik angkat, spare part dan teman wanita yang sudah diclare, teman wanita yang belum ada jawapanya dan bekas teman wanita. Hampeh!!!)

Oleh kerana kenakalannya yang nauzubillah, dia telah dihantar ke sini (kajang) di bawah seliaan abang sulungku. Mak dan bapa aku tidak dapat lagi mengawal kenakalanya yang berada ditahap gaban itu.

Penyelesaianya, dia bertukar sekolah kerana menurut sumber dia sendiri meminta mak dan bapa aku supaya menghantarnya ke sini kerana dia ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Betul ke, wahai adikku??? Akak tabik spring jikalau engkau dapat keputusan cemerlang tahun ini.

Akak akan tunggu ya. Kotakan janjimu..

Pemegang ijazah VS tukang sapu

Hmm..ari ni aku duk opis, wat press release je. Dalam duk boring, semua newspaper aku round. Baca. Itu aku ikut nasihat Au. kalau Tak kuar assigment amik peluang itu terokai dan baca berita di ke semua surat khabar. Supaya kita tidak menjadi katak di bawah tempurung. Relevan betul nasihat Au.
Dalam banyak-banyak berita yang menarik perhatian aku, bukan sahaja serangan kejam Israel ke atas Gaza, bahkan ada satu berita yang mencuit hati aku. Biarpun perletakan berita itu hanya di ruang yang ku kira kecil tapi ia sudah cukup membuatkan aku berfikir.
Berita itu bertajuk ‘ Saintis mohon kerja tukang sapu’.
Cerita itu berlaku di Korea (kalau aku tidak silap). Berikutan kegawatan ekonomi dunia, para pemegang ijazah dan kedoktoran terpaksa merebut apa saja peluang pekerjaan di Korea. Mengikut laporan itu lagi, seramai 11 orang graduan turut merebut 5 jawatan sebagai tukang sapu. Tetapi mengikut jurucakap syarikat itu, mereka tidak boleh terima saintis atau pemegang ijazah untuk jawatan kosong itu, kerana mereka hanya mencari tukang sapu, bukan seorang saintis.
Hmm..kalau kita lihat di Malaysia, perihal itu tidak pernah terjadi. Bahkan pemegang ijazah terlalu memilih pekerjaan. Mahu mendapatkan pekerjaan setaraf dengan apa yang mereka pelajari di universiti.
Betulkan? kalau tidak betul, masakan banyak graduan universiti yang mengganggur sehingga hari ini.
Tapi, kawan aku membangkang. Dia ada bertanya aku kembali. Mahukah aku menjadi cleaner, kalau aku tidak dapat tawaran pekerjaan selepas graduate nanti?
Hmmm..aku terpaksa berfikir dua kali atau beribu kali sebelum menerima status pekerjaan itu. Tapi bagi aku, bos yang nak amik aku kerja jadi cleaner pun tak nak amik aku, sebab pemegang ijazah di negara kita ini demand..huhu..
Hmm..kalau korang, pemgang ijazah, selepas graduate nanti tidak ditawarkan apa-apa pekerjaan, sanggupkah korang menjadi tukang bersih?.

Chow cincau yeosss..adioss..

Thanks Au!!!

Hari ni keluar cover news dengan senior, Au Yeong How di Palza tol PSJ 5. Oklah juga. First time hadiri conference. Tapi dia sangat-sangat ok, boleh katakan aku bagi kredit tuk Au(senior) ni. Dia sangat-sangat membantu, banyak beri tunjuk ajar, bagi tip-tip menjadi seorang wartawan. Aku berterima kasih padanya. Aku rasa aku belum pernah berjumpa orang yang bersifat macam ini. Thanks Au.
Hmm..7hb ari tu aku baut tinjauan di IJN mengenai pembatalan Sime Darby nak amik alih IJN. Good news, story aku tu keluar pada muka surat 3. Kira oklah tu biarpun itu adalah first assigment aku kuar, dan terima kasih kepada copy editor, En. Nizam kerana edit news aku.
Sehingga hari ini aku masih tearsa sanagt kurang ilmu dan terasa bodoh sanagt. Aku perlukan bantuan dan pengalaman yang lebih banyak. Doakan kejayaan aku ya teman-teman.

Chow cincau yeoss….

Aduhai blog

‘Masa untuk serius berlatihan industri’..hehe..aku tak sempat nak update blog. Tak boleh dan tak sempat. Aku tak keruan tanpa blog.

Aku menjadi pelatih di Utusan. Hmm..dua hari berpraktikal aku baru ditugaskan membuat kenyataan akhbar. Belum ada arahan aku keluar mencari berita.

Doakan kejayaan aku guys..
Chow cincau yeosss…adiosss