Hmm..ari ni aku duk opis, wat press release je. Dalam duk boring, semua newspaper aku round. Baca. Itu aku ikut nasihat Au. kalau Tak kuar assigment amik peluang itu terokai dan baca berita di ke semua surat khabar. Supaya kita tidak menjadi katak di bawah tempurung. Relevan betul nasihat Au.
Dalam banyak-banyak berita yang menarik perhatian aku, bukan sahaja serangan kejam Israel ke atas Gaza, bahkan ada satu berita yang mencuit hati aku. Biarpun perletakan berita itu hanya di ruang yang ku kira kecil tapi ia sudah cukup membuatkan aku berfikir.
Berita itu bertajuk ‘ Saintis mohon kerja tukang sapu’.
Cerita itu berlaku di Korea (kalau aku tidak silap). Berikutan kegawatan ekonomi dunia, para pemegang ijazah dan kedoktoran terpaksa merebut apa saja peluang pekerjaan di Korea. Mengikut laporan itu lagi, seramai 11 orang graduan turut merebut 5 jawatan sebagai tukang sapu. Tetapi mengikut jurucakap syarikat itu, mereka tidak boleh terima saintis atau pemegang ijazah untuk jawatan kosong itu, kerana mereka hanya mencari tukang sapu, bukan seorang saintis.
Hmm..kalau kita lihat di Malaysia, perihal itu tidak pernah terjadi. Bahkan pemegang ijazah terlalu memilih pekerjaan. Mahu mendapatkan pekerjaan setaraf dengan apa yang mereka pelajari di universiti.
Betulkan? kalau tidak betul, masakan banyak graduan universiti yang mengganggur sehingga hari ini.
Tapi, kawan aku membangkang. Dia ada bertanya aku kembali. Mahukah aku menjadi cleaner, kalau aku tidak dapat tawaran pekerjaan selepas graduate nanti?
Hmmm..aku terpaksa berfikir dua kali atau beribu kali sebelum menerima status pekerjaan itu. Tapi bagi aku, bos yang nak amik aku kerja jadi cleaner pun tak nak amik aku, sebab pemegang ijazah di negara kita ini demand..huhu..
Hmm..kalau korang, pemgang ijazah, selepas graduate nanti tidak ditawarkan apa-apa pekerjaan, sanggupkah korang menjadi tukang bersih?.

Chow cincau yeosss..adioss..