Salam semua..

Cerita mengenai adik bongsu aku. Beliau yang diberi nama Mohd Sahril, berumur sudah 15 tahun pada hari ini. Muka sedikit hansem (mengikut kajian terdahulu, dia mempunyai ramai ‘wanita’ berbagai pangkat contohnya kakak angkat, adik angkat, spare part dan teman wanita yang sudah diclare, teman wanita yang belum ada jawapanya dan bekas teman wanita. Hampeh!!!)

Oleh kerana kenakalannya yang nauzubillah, dia telah dihantar ke sini (kajang) di bawah seliaan abang sulungku. Mak dan bapa aku tidak dapat lagi mengawal kenakalanya yang berada ditahap gaban itu.

Penyelesaianya, dia bertukar sekolah kerana menurut sumber dia sendiri meminta mak dan bapa aku supaya menghantarnya ke sini kerana dia ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Betul ke, wahai adikku??? Akak tabik spring jikalau engkau dapat keputusan cemerlang tahun ini.

Akak akan tunggu ya. Kotakan janjimu..