Hmmm..datang je ofis takda semangat. Semenjak ada editor baru masuk ni, perasaan selalu bergejolak. Takut, seram dan tidak bersedia untuk dimarah (tegur).
Rimas juga ada. Aku cuba buat yang terbaik, tapi hanya itu yang aku termampu. Bodoh sangat ke aku ni? Story yang aku buat semua kena edit semula. argggghh…aku nak cepat-cepat habis praktikal.
Terasa diri tersangat kerdil. Bila ‘dia’ memanggil nama-nama mangsa (reporter) lain, aku yang berdebar-debar. Kau tengok air wajah mereka, kau dapat teka apa yang berlaku. Aku bukan ahli silap mata, tapi aku dapat baca ‘sekilas ikan di air aku tahu jantan betinanya’.
Jadi, sekarang aku kena berusaha dengan lebih baik lagi. Doakan kejayaan aku ya!!!

Chow…
Mungkin ini baru permulaan. Aku perlukan perisai yang canggih.