Archive for Februari 2009

Yay!!! Esok cuti!

Aku dapat cuti 3 hari bermula esok. Aku sungguh gembira.
Jom! cuti…

Untuk kedua kalinya

Untuk kedua kalinya aku terasa teramat ‘bodoh’!
Betul.
Kesabaran aku diuji hebat.
Ketabahan aku dicincang lunyai.
Geram.

Tahu, kau bukan sendiri

Sedih apabila aku membaca cetusan hati rakan blogger ku. Blog itu selalu ku lawati. Tulisan dan pengisiannya kadang buat aku tergelak sendiri. Tapi, hari ini, entri kali ini, tulisan kali ini buat aku turut terseret dengan emosi sedih pemilik blog itu.
Maaf sahabat, aku tidak dapat menolong mu. Aku hanya mampu mendoakanmu dari kejauhan. Tabahlah. Aku tahu, dirimu tidak sendiri di sana.
Aku tahu kau tidak bersendiri. Ada bahu di mana kau boleh tumpang bersandar, meluahkan apa yang tidak terluah dengan kata-kata. Be strong, my dear frend.

Cinta datang dari otak

Selamat hari kekasih..

 WASHINGTON – Seorang pakar neurosains di New York, Larry Young mendapati sumber perasaan cinta datangnya dari otak dan bukannya hati. Dia membuat penemuan itu selepas melakukan kajian bersama beberapa penyelidik lain bagi menjelaskan punca cinta romantik menerusi kaedah biologi. Penemuan itu bertentangan dengan tanggapan banyak pihak bahawa perasaan cinta datang dari hati. “Ia (cinta datang dari otak) mempunyai asas-asas biologi,” kata Young dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Yerkes di Universiti Emory, Atlanta. Kawasan utama dalam otak yang mewujudkan perasaan cinta itu dikenali sebagai ventral tegmental (VTA). Menurut seorang penyelidik, Profesor Helen Fisher dari Universiti Rutgers, kawasan VTA menjadi aktif ketika seseorang itu cuba memenangi cinta. – AP

p/s: siapa kata cinta dari mata turun ke hati?

HUHU….Virus!setan berkepala gondol!!!

Ghosh!!!! betul-betul lah virus ni!!! takde benda lain ke ko nak telan? Tesis aku gak yang ko gi makan..hampeh!!!!
Benci!!! dahle aku takda simpan mana-mana backup. Berserah. Amin.

Doakan aku

Salam semua..
Risau sangat ni. Tesis. Satu lagi benda paling mustahak aku belum selesaikan.
Pensyarah merangkap penyelia tesis aku dan rakan-rakan tengah tunggu hari nak melahirkan. Jadi, sepanjang ketiadaan beliau kamu tidak diberitahu siapa yang akan mengantikannya.
Setakat ini aku baru menyiapkan dua chapter. Bahan untuk tesis aku belum cari dan kumpulkan.
Berikutan kesibukan aku praktikal di Utusan membuatkan aku butuhkan waktu dan ruang untuk menyiapkan tesis.
Aku risau teramat sangat. Deadline tuk hantar tesis bulan April ini.
Hmm..tadi pagi penyelia dari USIM datang Utusan. Selia sama ada kami nakal atau tidak.Heheeee…
Puan Hayati dan En. Zainol datang pagi-pagi awal lagi.
Setakat ini semua boleh dikatakan ok. Ok ke?
Tak tahulah dua bulan akan datang nanti, aku tidak boleh jangkakannya.
Kalian doakan aku sukses ya..

Wassalam

Pilihan ditangan anda

Mana satu kamu pilih? Ada dua pilihan sama ada berhenti kerja atau kerja tiga hari dalam seminggu?

 

Isu krisis kewangan global sekarang ini membawa kepada pembuangan pekerja-pekerja kilang atau syarikat-syarikat besar.

 

Siang tadi aku buat tinjauan orang ramai, mereka setuju atau tidak dengan saranan kerajaan itu. Menurut kerjaan perkara tersebut untuk mengurangkan jumlah individu yang diberhentikan kerja oleh majikan.

 

Rata-rata orang ramai yang aku temui bersetuju jika itu boleh membantu mereka menampung kehidupan harian.

 

Secara peribadi aku juga bersetuju daripada dibuang kerja lebih baik kerja tiga hari seminggu. Sekurang-kurangnya ada juga income masuk.

 

Sementara tunggu ekonomi stabil kita buat kerja apa yang ada.