Salam semua..
Risau sangat ni. Tesis. Satu lagi benda paling mustahak aku belum selesaikan.
Pensyarah merangkap penyelia tesis aku dan rakan-rakan tengah tunggu hari nak melahirkan. Jadi, sepanjang ketiadaan beliau kamu tidak diberitahu siapa yang akan mengantikannya.
Setakat ini aku baru menyiapkan dua chapter. Bahan untuk tesis aku belum cari dan kumpulkan.
Berikutan kesibukan aku praktikal di Utusan membuatkan aku butuhkan waktu dan ruang untuk menyiapkan tesis.
Aku risau teramat sangat. Deadline tuk hantar tesis bulan April ini.
Hmm..tadi pagi penyelia dari USIM datang Utusan. Selia sama ada kami nakal atau tidak.Heheeee…
Puan Hayati dan En. Zainol datang pagi-pagi awal lagi.
Setakat ini semua boleh dikatakan ok. Ok ke?
Tak tahulah dua bulan akan datang nanti, aku tidak boleh jangkakannya.
Kalian doakan aku sukses ya..

Wassalam