Archive for Mac 2009

Aku manusia normal, biar keadaan yang pelik

Semua menjadi pelik, hari ini.
Aku yang berubah menjadi pelik atau orang lain, benda lain atau keadaan yang berubah menjadi pelik?
Aku tak tahu, sungguh.
Pelikkan?
Mungkin aku mengalami kecelaruan minda.
Tekanan yang melapmpau. Ya, aku akui aku tertekan kala ini. Tidak tahu pada siapa harus aku lepaskan rasa amarah dan bebanan yang tergalas.
Hmm..mak aku cakap itulah kehidupan orang normal, ketika aku mengadu aku tensi.
Ya! aku manusia normal.
Jadi, diri aku adalah normal dan keadaan yang membuatkan aku pelik.
Hahaa..pelik entri aku kali ini. Benar-benar membuat orang lain pelik perangai aku.Hahaa..

Tolonglah..

Harapan tinggal harapan jika perkara itu benar. Hancur luluh hati apabila mendenar khabar itu daripada seorang teman.
Kenapa?
Susah sangatkah meluluskan suatu usul itu?
Tidak tahukah mereka, ada pihak yang merana jika usul itu gagal mendapat kelulusan?

Ceh! macam besar saja isu yang ingin aku perkatakan ini.

Aku sudah muak untuk berpraktikal!!!
Tolonglah luluskan permohonan kami untuk memendekkan tempoh praktikal.
Tolonglah..tolonglah…
Rakan-rakan lain aku pasti juga sama macam apa yang aku rasakan ini.
P/S: Please, miss Ketua Program…

Kalau cantik tapi bodoh macam mana?

Cantik, bodoh atasi wanita bijak

LONDON: Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik.

Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother’s, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble.

Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak.
Bagaimanapun, hampir tiga perempat wanita berkata mereka mencari lelaki bijak berbanding wajah kerana lelaki kacak terlalu sombong sebaliknya lelaki bijak boleh menyediakan kesenangan kepada mereka.

Cuma seorang dalam 10 wanita memilih lelaki kacak berbanding yang bijak kerana ‘seks pastinya lebih baik’. – Agensi

Perompak sengal

21 Mac…
Satu mimpi ngeri telah berlaku dalam hidup aku dan dua orang kawanku. Perkara yang selama ini ku anggap tidak akan berlaku ke atas diriku dan rakanku.
Perkara yang selalu kita lihat berlaku di dalam drama TV.
Percayakah kamu kalau aku kata kami dirompak? Diugut dengan pisau? Disuruh pilih sama ada serahkan beg atau pisau?
Subhanallah..hanya Tuhan saja tahu.

Bagaimana aku berlari menyelamatkan diri? Semua kejadian itu berlaku sekelip mata.Huh..kasihan rakanku menjadi mangsa rompakan di jalanan.
Bercerita detik cemas itu, terkadang aku akan tergelak sendiri. Cuba bayangkan kami sempat lagi bertanya bila penjenayah itu mengugut..
perompak Ce#### tu berkata ”hanset..” sambil mengacukan pisau..
Dan sengalnya kami bertiga sempat bertanya ”ha..apa?”

Nampak sahaja pisau kami bertempiaran berlari. (adegan paling lucu bila kau kenang balik)

Dan cuba bayangkan aku berlari menggunakan kasut tumit tinggi 2 inci..ghost..mau tak patah kaki.
Tapi aku sempat berfikir waras, aku humban kasut ke tepi jalan.
Dan paling tragis aku tersilap mencari jalan. Aku berlari ke jalan mati. Tiada jalan keluar di sana, dan dalam hati berfikir perompak itu sedang kejar aku, Sambil berlari sempat aku berfikir, kalau mati aku redha saja.

Aku toleh ke belakang, perompak tidak mengejar, tapi aku terkedu apabila lihat rakan aku sudah terjatuh ke atas jalan dan perompak itu sudah menggugutnya.
Aku berlari ke tempat rakanku, cuba untuk menolong (nak jadi hero le kono’..haha) tapi sayang perompak tu blah dulu dengan merampas beg rakanku.
Rakan aku seorang lagi sudah berlari ke arah jalan besar, meminta pertolongan.
Suaranya bergema satu Cheras..adegan ini juga melucukan.
Paling memalukan, bukan aku mangsa rompakan tapi aku orang paling emosi menangis ketakutan..aku menangis sepanjang perjalanan ke balai polis. Badan aku menggigil tak henti-henti. Aku tak tahulah kalau aku yang jadi mangsa..haha

Pesanku..jangan disangka tempat sunyi itu tidak bahaya…haha..

Nak tahu cerita lanjut baca Uusan Malaysia hari ini..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..kelmarin mak aku dah dibenarkan keluar wad. Tapi kondisi tubuhnya masih lemah.
Ayah aku terbang kelmarin ke Sabah. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang boleh tengok-tengokkan keadaan mak.
Suara mak tidak seceria selalu. Lemah. Tapi dia cakap dia okey, cuma pening dan tak larat nak bangun. Tak apa mak, rehatlah dulu..
Mak minta doakan dia cepat sembuh.
Jahat sungguh kami ini. Seorang ibu terpaksa minta ehsan sekalung doa untuknya yang banyak berjasa. Kejam kan?

Cepatlah masa berlalu, aku ingin terbang ke sana..

Mak, minta maaf sekali lagi.

Mak minta maaf..

Mak aku hari ini dimasukkan hospital kerana kencing manis. Sungguh. Aku teramat risau. Paling menyedihkan, bapa aku berada di Melaka sekarang.

Lagi satu, aku amat terkilan. Kasihan mak aku. Anak ramai tapi seorang pun tidak mampu menjaganya di hospital. Terpaksa sepupu aku mengalas beban itu. bukan tidak mahu, tetapi kami tidak mampu. Kami dipisahkan China Laut Selatan. Maaf Mak..

Ida janji akan jaga emak..
Sedih..aku jauh sangat di sini. Esok bapa aku ambik flight balik Sabah.
Ya Allah Engkau sembuhkanlah orang tersayang kami..Amin..

Aku belum puas menjaganya lagi. Belum terbalas jasanya walau sedikit.

Ya Allah..aku bermohon.

Go..

Aku suka iklan ni..

Go it’s one tiny, two letter word that makes amazing things happen. Go is action. It’s spark that starts the flame that sets everything in motion. Go gets us to try things we’ve always wanted to try. go keeps us going no matter what life throws our way. Go reminds us it’s a big, beautiful world out there, and it’s time to make the most of it. Which is why more people around the world go with visa. To get out there and play. To get out there and do. To get out there and experience all the incredible things life has to offer.