Salam semua..

Tadi, aku ada baca mengenai seorang jurugambar Jerman yang berasal dari England, mendapat hidayah memeluk Islam, Peter Sanders atau nama Islamnya , Abdul Al Adheem. Aku kagum dengannya. Beliau berdakwah melalui gambar. Fantastik.
Tidak hairanlah gambar beliau yang bertajuk 99 cent 1999 hasil karyanya adalah gambar paling mahal di dunia yang bernilai 11.7 juta.
Peralatan kamera beliau jadikan senjata yang paling ampuh dan menepati sasaran agar tiada lagi kekeliruan dan pemikiran yang sempit dan kolot mengenai Islam.
Beliau mengakui, beliau mengambil gambar bukan untuk mengembungkan poketnya.
Itu kisah Si Peter dengan dakwahnya.
Ini cerita Si Kevin yang ingin memberi kesedaran kepada masyarakat.
Dulu, aku ingat. Aku baca artikel itu dari Reader Digest. Seorang jurugambar dari Afrika, Kevin Carter.
Kevin, sewaktu ke negara Somalia (ada tugasan) sewaktu perang, dipertengahan jalan beliau berjumpa dengan seorang kanak-kanak yang tinggal tulang dan kulit sahaja. Lalat mengerumuni kanak-kanak itu. Hiba Kevin melihatnya. Kanak-kanak itu menunggu saat ajalnya sahaja. Di sisinya, telah menunggu pemangsa untuk menyiat tubuhnya yang keding itu. Si burung hering.

Kevin diberitahu, kerajaan Somalia tidak mampu berbuat apa-apa, kerana desakan ekonomi yang teruk di negara itu.
Kevin simpati, tetapi tidak mampu berbuat apa. Mahu disentuhnya budak itu, mahu dibawanya ke tempat lebih selamat, tetapi dia ditegah, kerana takut dijangkiti penyakit. Lalu Kevin tidak berbuat apa, hanya mengambil gambar kanak-kanak itu untuk tatapan umum dunia.
Kembali ke Afrika, gambar itu dimasukkan dalam pertandingan. Akhirnya, beliau diiktiraf. Tetapi…
Beliau membunuh diri selepas menerima Hadiah Pulitzer kategori Feature Photography pada 27 Julai 1994.
Kenapa beliau membunuh diri?
Sebab gambar yang beliau ambil itu menghantui hidupnya. Beliau seolah-olah menjadikan gambar kesengsaraan seorang kanak-kanak Somalia yang kebuluran itu sebagai ‘aset’ untuk beliau terkenal.
Tetapi, bukan itu maksudnya. Beliau ingin membuka mata masyarakat dunia betapa kanak-kanak itu menderita.
Beliau mahu dunia menolong kanak-kanak Somalia yang senasib dengan kanak-kanak itu. Tetapi tidak. Manusia memang rakus.
Sebelum mati, Kevin meninggalkan nota berbunyi ‘: “Aku begitu tertekan, tanpa duit untuk menyara kanak-kanak (kebuluran)…Aku begitu dihantui dengan memori-memori kejam pembunuhan dan mayat-mayat serta marah dan kesakitan…kanak-kanak yang kebulur dan cedera, lelaki-lelaki yang gembira sambil membunuh…”

Salah ke Kevin?

Hmm..cerita si jurugambar. Aku ada belajar subjek Fotografi dulu. Gambar adalah seni yang membantu kita memahami suatu perkara yang tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata (teks). Betullah tu.

Allah kurniakan seseorang itu dengan keistimewaan supaya kita beramal.

Someone’s good at something. Macam Peter dan Kevin.

Wassalam.