Mak aku hari ini dimasukkan hospital kerana kencing manis. Sungguh. Aku teramat risau. Paling menyedihkan, bapa aku berada di Melaka sekarang.

Lagi satu, aku amat terkilan. Kasihan mak aku. Anak ramai tapi seorang pun tidak mampu menjaganya di hospital. Terpaksa sepupu aku mengalas beban itu. bukan tidak mahu, tetapi kami tidak mampu. Kami dipisahkan China Laut Selatan. Maaf Mak..

Ida janji akan jaga emak..
Sedih..aku jauh sangat di sini. Esok bapa aku ambik flight balik Sabah.
Ya Allah Engkau sembuhkanlah orang tersayang kami..Amin..

Aku belum puas menjaganya lagi. Belum terbalas jasanya walau sedikit.

Ya Allah..aku bermohon.