Alhamdulillah..kelmarin mak aku dah dibenarkan keluar wad. Tapi kondisi tubuhnya masih lemah.
Ayah aku terbang kelmarin ke Sabah. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang boleh tengok-tengokkan keadaan mak.
Suara mak tidak seceria selalu. Lemah. Tapi dia cakap dia okey, cuma pening dan tak larat nak bangun. Tak apa mak, rehatlah dulu..
Mak minta doakan dia cepat sembuh.
Jahat sungguh kami ini. Seorang ibu terpaksa minta ehsan sekalung doa untuknya yang banyak berjasa. Kejam kan?

Cepatlah masa berlalu, aku ingin terbang ke sana..

Mak, minta maaf sekali lagi.