21 Mac…
Satu mimpi ngeri telah berlaku dalam hidup aku dan dua orang kawanku. Perkara yang selama ini ku anggap tidak akan berlaku ke atas diriku dan rakanku.
Perkara yang selalu kita lihat berlaku di dalam drama TV.
Percayakah kamu kalau aku kata kami dirompak? Diugut dengan pisau? Disuruh pilih sama ada serahkan beg atau pisau?
Subhanallah..hanya Tuhan saja tahu.

Bagaimana aku berlari menyelamatkan diri? Semua kejadian itu berlaku sekelip mata.Huh..kasihan rakanku menjadi mangsa rompakan di jalanan.
Bercerita detik cemas itu, terkadang aku akan tergelak sendiri. Cuba bayangkan kami sempat lagi bertanya bila penjenayah itu mengugut..
perompak Ce#### tu berkata ”hanset..” sambil mengacukan pisau..
Dan sengalnya kami bertiga sempat bertanya ”ha..apa?”

Nampak sahaja pisau kami bertempiaran berlari. (adegan paling lucu bila kau kenang balik)

Dan cuba bayangkan aku berlari menggunakan kasut tumit tinggi 2 inci..ghost..mau tak patah kaki.
Tapi aku sempat berfikir waras, aku humban kasut ke tepi jalan.
Dan paling tragis aku tersilap mencari jalan. Aku berlari ke jalan mati. Tiada jalan keluar di sana, dan dalam hati berfikir perompak itu sedang kejar aku, Sambil berlari sempat aku berfikir, kalau mati aku redha saja.

Aku toleh ke belakang, perompak tidak mengejar, tapi aku terkedu apabila lihat rakan aku sudah terjatuh ke atas jalan dan perompak itu sudah menggugutnya.
Aku berlari ke tempat rakanku, cuba untuk menolong (nak jadi hero le kono’..haha) tapi sayang perompak tu blah dulu dengan merampas beg rakanku.
Rakan aku seorang lagi sudah berlari ke arah jalan besar, meminta pertolongan.
Suaranya bergema satu Cheras..adegan ini juga melucukan.
Paling memalukan, bukan aku mangsa rompakan tapi aku orang paling emosi menangis ketakutan..aku menangis sepanjang perjalanan ke balai polis. Badan aku menggigil tak henti-henti. Aku tak tahulah kalau aku yang jadi mangsa..haha

Pesanku..jangan disangka tempat sunyi itu tidak bahaya…haha..

Nak tahu cerita lanjut baca Uusan Malaysia hari ini..