Archive for April 2009

Kahwin, belum masanya

Salam…

ESok kawan aku nikah. Kawan sepermainan aku dahulu kala, ketika aku masih berhingus comot, mandi sungai, main teng-teng, bertocang dua dan kadang-kadang rambut dibiarkan lepas kembang. Itu dulu ye, sekarang lebih baik daripada itu..huhu~

Aku hitung dengan pemikiran..ah! sehingga hari ini hanya aku dan seorang kawan aku saja yang belum kawin. Apa ke hal?

Bukan apa, aku masih dibebani dengan komitmen sebagai seorang pelajar, begitu juga kawan aku seorang itu yang masih belajar di Mahsa Kolej. Ya jadi jururawat.

Aku hitung lagi, kawan aku seorang sudah mempunyai 3 orang anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya. Tetapi, hidupnya tidak diselubungi kebahagian. Iyalah, kedua-keduanya berkahwin pada umur setahun jagung. Masih keanak-anakan. Bukan untuk merendah-rendahkan sahabat aku ini, tapi aku ingin jadikan teladan. Suaminya masih lagi ingin berseronok, bertukar-tukar kerja jika bosan, siapa mahu sara anak-anaknya?

Apa perlunya kahwin awal jika begitu situasinya?

Aku congak lagi, ya, kawan aku seorang lagi sudah dua tahun berkahwin, tapi belum dikurniakan zuriat. Mungkin suaminya jarang dirumah, selalu ditinggalkan kerana suaminya seorang ‘hero’ negara. Sering berpindah randah, sering ditinggalkan.

Apa rasionalnya kahwin jika sering ditinggalkan. Bukankah perkahwinan itu untuk saling melengkapi dan menemani?

Argh…dan esok kawan aku bernikah. Juga suami pilihannya masih terlalu muda, belum matang (bagi pandangan aku sebagai sahabat), aku risau bila memikirkan sahabat kesayangan aku.

Doaku sepanjang hayat, bahagialah kau sahabatku dengan pilihanmu dan jodoh Allah buat mu. Amin.

Sebenarnya, aku hanya mempunyai empat orang sahabat sahaja sejak kecil. Itu dulu, sekarang ini aku semakin menambah kawan. Heh..

Ada unsur cemburu ke? 100% tidak ada. Haha…

Untuk melangkah ke alam baru itu, aku belum bersedia, belum masanya. Sedangakan, hingga hari ini aku belum bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan. Doakan aku ya.

Wassalam.

Terkilan

Terkilan.
Ya, satu itu saja perasaan aku untuk hari ini.
Hmm..emosi aku bertukar lagi. Kali ini lebih terkilan, bukan tertekan seperti selalu.
Aku tidak cukup bagus. A’ah..alasan paling kukuh.
Aku tidak layak.Hmm..
Aku down sangat saat ini. Argh..persetan perasaan itu. Aku tak suka.

Ya Allah!

p/s:entri yang ditulis ketika hati tengah rawan.

~Huh~

Salam..

Hari ini aku buat liputan di PWTC lagi. PBAKL di hari akhir. Huhh..penat, terkejar ke sana dan ke sini.

Sempat cover Datuk Saifuddin Abdullah, beliau hadir d Institut Terjemahan Negara (ITNM) untuk tandatangan buku baru beliau yang bertajuk  ‘Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia’,

Aku dapat dua buku percuma lagi. Ya, aku bernasib baik, tak perlu beli buku. hehe..

Di ofis.

Tak suka, story aku buat mudah dan senang. Dan aku pasti tidak akan masuk paper esok pun, tapi kenapa perlu berulang-ulang di redit? susah tau. Aku yang susah.

Sudahlah aku letih, belum makan lagi. Huh..saja je.

Jom tengok wayang.

Rawa: Tragedi Pulau Batu Putih

Salam.. Hari ini cuti, jadi aku berpeluang menghabiskan pembacaan novel aku yang tertangguh 1 minggu. Novel free..hehe..

Rawa: Tragedi Pulau Batu Putih oleh Isa Kamari, penulis Singapura yang aku kira popular juga, sebab beliau pernah memenangi SEA Award. Jangan tak tahu.

Novel ini mengisahkan cerita seorang Rawa. Rawa anak Jati. Rawa anak Pungut. Rawa orang Seletar. Kaum asli Melayu. Ya, aku fikir begitulah. Sebab penulis menggambarkan Rawa sebagai tanah dan Rawa sebagai air. Ish..susah mahu terangkan, sebab aku bukan seorang penulis cerita klasik. Kagum dengan penulis. Tak tahu dari mana beliau dapat ilham sebegitu.

Aku gelak, menangis dan tidak puas hati. Sendiri. Ha..aku akui mula-mula dapat novel ni, aku tak berapa mengharap yang aku akan habiskannya secepat yang mungkin.

Tapi, pagi tadi, bangun saja dari tidur aku tergerak untuk membaca. Dan, selepas bersarapan nasi lemak, kira-kira pukul 8.30 aku membaca, terasa sayang untuk tinggalkannya. Yalah. Aku perlu menyelesaikan hal-hal peribadi. Hehe..

Lepas selesai semua kerja, aku sambung sehingga pukul 2.30.  Sehingga khatam. Novel itu aku habiskan dalam masa 6 jam sahaja. Selalunya, aku teruja untuk baca novel bertemakan cinta. Dan, novel cinta aku boleh habiskan lebih awal daripada itu.

Novel Isa Kamari ini buat aku sayang untuk menghabiskannya dan dalam masa sama tidak sabar untuk merungkai misteri jalan cerita yang dicipta penulis.

Tetapi, hmm..Isa Kamari mengakhiri cerita novel ini dengan tanda tanya yang tidak berjawab. Aku fikir penulis ingin menulis novel siri kedua pula selepas ini. Ya, aku harap. Aku mahu tahu jawapan kepada persoalan yang penulis gantungkan di akhir cerita.

Novel yang bagus, berkualiti dan menginsafkan kamu kepada susur galur diri. Asal-asal diri. Firasat.  Back to basic.

Ya, pada kamu yang telah lupa asal-usul diri, tempat di lahirkan, tempat anda jatuh ketika bermain, ada baiknya baca novel ini.

Jalan cerita ketika zaman kita kecil, jika diimbas kembali akan mengalirkan air mata. Sungguh. Aku dapt selam watak Rawa yang terkenang zaman kecil dan renajanya di sepanjang Sungai Seletar.

Tragedi perebutan politik Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura, bukan itu lebih menarik, tetapi cerita silam di antara Rawa dan masa silamnya lebih telus diselusuri.

Ehem..jadi pengulas novel pula..hehe..

K,lah..ada baik baca novel ini.

Wassalam..

Just do it!

Salam..

Jom..ikut g hotel..bosan g function yang ntah-apa-apa-ntah ni. Tak tau nak skop apa. Lagi satu, aku benci asemen diwaktu petang. Masa yang paling tepat untuk aku blur-blur-blur ayam berak kapur keracunan minum air longkang. Sungguh, aku TIDAK SUKA YANG AMAT!!!. Kenapa bagi juga?

Okey, just terima, kau tu sekadar budak praktikal yang selayaknya dibuli dan mengikut arahan tuan besar.

Ampun Tuanku. Maaf hamba harap diampun. Yark! Sadis imajinasi dunia pekerjaan ini.
Just go and do it what you suppose to do, dear my self. Fine.
Arghhh! semoga muncul keajaiban. Event BATAL. Harap. Harap. Hope so!

Astagfirullah..hari ini Jumaat yang mulia rupanya. Kenapa aku tidak dapat nikmat hari paling mulia ini. Belum sampai lagi kut. Yes, belum sampai waktunya, pohon percepatkanlah keajaiban Ya Allah.

P/s: Aku a.k.a manusia yang tidak tahu bersyukur. Na’am..selalu bergundah gulana, tidak tahu identiti diri sendiri, tidak tahu tujuan dan arah hidup.

Hehe..aku mengada-ngada saja, aku bosan tunggu asemen kul 3 nanti..haha..sengal..
Maaflah, entri kali ini tiada unsur informasi dan akademi8k. Jangan ikut macam perangai aku. Okey!

Wassalam.

Crime is our business

Salam semua..

Pagi tadi buat liputan berita sambil menonton filem. Filem Perancis yang bergenre komedi ‘Crime is Our Business’ mencuit hati. Filem yang santai dan menarik untuk ditonton. Filem ini akan diadakan sempena Festival Seni Perancis 2009 di Malaysia yang akan berlangsung pada 7 hingga 27 Mei ini.

Sebanyak 6 buah filem pelbagai tema akan ditayangkan khas untuk penonton di Malaysia. Tapi aku cadangkan filem pertama dan wajib anda tonton ialah Crime is our business ni. Suspen, lucu dan mendebarkan sepanjang filem ditayangkan. Haha..aku paling suka watak heroin filem ini, Catherine Frot.

Filem ini akan ditayangkan pada 7 hingga 17 Mei di GSC Pavillion, Midvalley dan 1 utama, dan 21 hingga 27 Mei di GSC Gurney Plaza di Pulau Pinang. Jangan lepaskan peluang tau. Aku gerenti kamu tidak akan menyesal membeli tiket panggung.Huh!…

Enjoy yourself.

Di hari Sabtu

Salam..

Ketupat Cinta!
Sabtu lalu aku pergi Pesta Buku Antarabangsa untuk buat liputan pelancaran novel Faisal Tehrani, Isa Kamari dan Zainiah Mohamed. Sabtu yang membosankan.

Sepanjang pelancaran aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana mengantuk yang teramat.

Tapi, persaan aku terbuai selepas itu. Mengantuk pun terbang entah ke mana. Interbiu penulis novel terkenal Faisal Tehrani face to face. Haha..gabra beb.

Tak apa. Lupakan itu semua. Aku mengada-ngada je tu. Tapi memang hari baik aku kut. Aku dapat tiga buah buku free. Ketupat Cinta siap tanda tangan penulis itu dan novel sejarah Rawa: Batu putih dan buku puisi Isa Kamari, penulis Singapura, juga siap tanda tangannya.

Ya, hari baik aku Sabtu itu. Dan Rabu ini aku pasti berkunjung ke situ lagi. Tapi dengan lain tujuan. Aku suka tempat sebegitu jika ia tidak terlalu ramai pengunjung. Aku boleh lepak di situ berjam-jam lamanya.

Aku juga dapat diskaun di gerai Utusan. Hmm…akan ku jejak kaki ke situ lagi. InsyaAllah. PWTC, nantikan kehadiran aku.

Adik aku yang hampeh. Okey, cuba anda beritahu aku, melampau atau tidak, bila diajak ke pesta buku, dia tidak berkeinginan. Tapi, jika anda ajak dia ke Time Square, Kajang Metro atau mana-mana saja untuk bersuka ria pasti dia setuju.

Tapi, Sabtu itu juga ada perkara aku tidak suka berlaku. Biar, aku tidak mahu ingat. Tak Suka!!!