Salam..

Hari ini adik aku genap 22 tahun. Selamat hari jadi my dear sister.
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa di bawah lembayung rahmat Illahi, sukses selalu dan cepat-cepatlah bertemu jodoh.

Nak tahu? Adik aku yang satu inilah yang ku anggap seperti ‘kakak’, biarpun aku ni lebih tua daripadanya. Sikapnya yang seperti ‘orang tua’ yang suka membebel dan menasihati menampakkan ciri-ciri kematangan pada dirinya.

Percaya atau tidak kalau ekonomi aku sesak, dialah tempat aku mengadu dan dia ada penyelesaiannya. Duit aku kadang-kadang dia yang pegang, takut aku boros. See, betapa dia menjadi seorang ‘kakak’ untuk aku. Dia selalu telefon bertanya khabar, bertanya, sekaligus mengingatkan aku, sudahkah aku menanya khabar orang tua ku di kampung.

Tawa dan tangisku selalu ku kongsi bersamanya. Ketidakpuashatian aku terhadap abang-abang dan kakak-kakak kami bincang bersama. Tiada rahsia antara kami. Dia adalah adik yang paling memahami.

Kalau aku menangis dia menangis, kalau aku gembira dia terlebih gembira.

Aku kagum dengan semangat gigihnya untuk mengubah keluarga susah kami kepada yang lebih baik.

Impiannya dahulu, sewaktu ambil SPM, dia mahu menjadi saintis! Dia berusaha keras. Tapi sayang, tuhan ingin menguji. Keputusannya tidak melayakkan dia masuk universiti. Tingkatan enam jadi pilihan.

Sekarang dia melanjutkan pengajian dalam pengajian elektrik dan elektronik di sebuah politeknik di Sabak Bernam. Tidak ramai kaum hawa mengambil jurusan ini. Tapi, dia mempunyai kemahiran dalam bidang ini. Biarpun bertubuh kecil, tetapi mempunyai azam yang besar. Itulah adik ku, Haslinda.

Impiannya yang dikongsi bersama aku. Ingin membina sebuah rumah agam tiga tingkat dilengkapi laman yang luas dan selesa untuk kedua ibubapa kami. Tempat di mana orang tersayang kami menghabiskan masa hidup mereka bersama keluarga. InsyaAllah, akan tercapai.

Thanks sist being my SISTER. Love you with all my heart. Kau tiada dua.

p/s: kalau kawin dulu jangan lupa ‘bayaran’ langkah bendul. Selamat bergembira bercuti di PD.