Suka baca Macam-macam kali ini.
Macam-Macam: Terlalu bersih jadi punca perceraian

BERLIN: Seorang wanita Jerman bertindak menceraikan suaminya hanya kerana tidak tahan dengan sikap pembersih lelaki berkenaan.

Media Jerman melaporkan, wanita itu sebelum ini terpaksa bersabar dengan sikap suaminya yang sentiasa memastikan rumah dalam keadaan bersih dengan menyusun dan mengatur semula perabot setiap hari.

Bagaimanapun, kesabaran berakhir apabila suaminya memecah dan membina semula dinding rumah mereka yang dikatakannya kotor, kata hakim mahkamah di wilayah Sondershsusen, Christian Kropp. “Saya tidak pernah menerima kes perceraian seperti ini,” katanya. – Agensi