Salam..

Ketupat Cinta!
Sabtu lalu aku pergi Pesta Buku Antarabangsa untuk buat liputan pelancaran novel Faisal Tehrani, Isa Kamari dan Zainiah Mohamed. Sabtu yang membosankan.

Sepanjang pelancaran aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana mengantuk yang teramat.

Tapi, persaan aku terbuai selepas itu. Mengantuk pun terbang entah ke mana. Interbiu penulis novel terkenal Faisal Tehrani face to face. Haha..gabra beb.

Tak apa. Lupakan itu semua. Aku mengada-ngada je tu. Tapi memang hari baik aku kut. Aku dapat tiga buah buku free. Ketupat Cinta siap tanda tangan penulis itu dan novel sejarah Rawa: Batu putih dan buku puisi Isa Kamari, penulis Singapura, juga siap tanda tangannya.

Ya, hari baik aku Sabtu itu. Dan Rabu ini aku pasti berkunjung ke situ lagi. Tapi dengan lain tujuan. Aku suka tempat sebegitu jika ia tidak terlalu ramai pengunjung. Aku boleh lepak di situ berjam-jam lamanya.

Aku juga dapat diskaun di gerai Utusan. Hmm…akan ku jejak kaki ke situ lagi. InsyaAllah. PWTC, nantikan kehadiran aku.

Adik aku yang hampeh. Okey, cuba anda beritahu aku, melampau atau tidak, bila diajak ke pesta buku, dia tidak berkeinginan. Tapi, jika anda ajak dia ke Time Square, Kajang Metro atau mana-mana saja untuk bersuka ria pasti dia setuju.

Tapi, Sabtu itu juga ada perkara aku tidak suka berlaku. Biar, aku tidak mahu ingat. Tak Suka!!!