Salam.. Hari ini cuti, jadi aku berpeluang menghabiskan pembacaan novel aku yang tertangguh 1 minggu. Novel free..hehe..

Rawa: Tragedi Pulau Batu Putih oleh Isa Kamari, penulis Singapura yang aku kira popular juga, sebab beliau pernah memenangi SEA Award. Jangan tak tahu.

Novel ini mengisahkan cerita seorang Rawa. Rawa anak Jati. Rawa anak Pungut. Rawa orang Seletar. Kaum asli Melayu. Ya, aku fikir begitulah. Sebab penulis menggambarkan Rawa sebagai tanah dan Rawa sebagai air. Ish..susah mahu terangkan, sebab aku bukan seorang penulis cerita klasik. Kagum dengan penulis. Tak tahu dari mana beliau dapat ilham sebegitu.

Aku gelak, menangis dan tidak puas hati. Sendiri. Ha..aku akui mula-mula dapat novel ni, aku tak berapa mengharap yang aku akan habiskannya secepat yang mungkin.

Tapi, pagi tadi, bangun saja dari tidur aku tergerak untuk membaca. Dan, selepas bersarapan nasi lemak, kira-kira pukul 8.30 aku membaca, terasa sayang untuk tinggalkannya. Yalah. Aku perlu menyelesaikan hal-hal peribadi. Hehe..

Lepas selesai semua kerja, aku sambung sehingga pukul 2.30.  Sehingga khatam. Novel itu aku habiskan dalam masa 6 jam sahaja. Selalunya, aku teruja untuk baca novel bertemakan cinta. Dan, novel cinta aku boleh habiskan lebih awal daripada itu.

Novel Isa Kamari ini buat aku sayang untuk menghabiskannya dan dalam masa sama tidak sabar untuk merungkai misteri jalan cerita yang dicipta penulis.

Tetapi, hmm..Isa Kamari mengakhiri cerita novel ini dengan tanda tanya yang tidak berjawab. Aku fikir penulis ingin menulis novel siri kedua pula selepas ini. Ya, aku harap. Aku mahu tahu jawapan kepada persoalan yang penulis gantungkan di akhir cerita.

Novel yang bagus, berkualiti dan menginsafkan kamu kepada susur galur diri. Asal-asal diri. Firasat.  Back to basic.

Ya, pada kamu yang telah lupa asal-usul diri, tempat di lahirkan, tempat anda jatuh ketika bermain, ada baiknya baca novel ini.

Jalan cerita ketika zaman kita kecil, jika diimbas kembali akan mengalirkan air mata. Sungguh. Aku dapt selam watak Rawa yang terkenang zaman kecil dan renajanya di sepanjang Sungai Seletar.

Tragedi perebutan politik Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura, bukan itu lebih menarik, tetapi cerita silam di antara Rawa dan masa silamnya lebih telus diselusuri.

Ehem..jadi pengulas novel pula..hehe..

K,lah..ada baik baca novel ini.

Wassalam..