Salam…

ESok kawan aku nikah. Kawan sepermainan aku dahulu kala, ketika aku masih berhingus comot, mandi sungai, main teng-teng, bertocang dua dan kadang-kadang rambut dibiarkan lepas kembang. Itu dulu ye, sekarang lebih baik daripada itu..huhu~

Aku hitung dengan pemikiran..ah! sehingga hari ini hanya aku dan seorang kawan aku saja yang belum kawin. Apa ke hal?

Bukan apa, aku masih dibebani dengan komitmen sebagai seorang pelajar, begitu juga kawan aku seorang itu yang masih belajar di Mahsa Kolej. Ya jadi jururawat.

Aku hitung lagi, kawan aku seorang sudah mempunyai 3 orang anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya. Tetapi, hidupnya tidak diselubungi kebahagian. Iyalah, kedua-keduanya berkahwin pada umur setahun jagung. Masih keanak-anakan. Bukan untuk merendah-rendahkan sahabat aku ini, tapi aku ingin jadikan teladan. Suaminya masih lagi ingin berseronok, bertukar-tukar kerja jika bosan, siapa mahu sara anak-anaknya?

Apa perlunya kahwin awal jika begitu situasinya?

Aku congak lagi, ya, kawan aku seorang lagi sudah dua tahun berkahwin, tapi belum dikurniakan zuriat. Mungkin suaminya jarang dirumah, selalu ditinggalkan kerana suaminya seorang ‘hero’ negara. Sering berpindah randah, sering ditinggalkan.

Apa rasionalnya kahwin jika sering ditinggalkan. Bukankah perkahwinan itu untuk saling melengkapi dan menemani?

Argh…dan esok kawan aku bernikah. Juga suami pilihannya masih terlalu muda, belum matang (bagi pandangan aku sebagai sahabat), aku risau bila memikirkan sahabat kesayangan aku.

Doaku sepanjang hayat, bahagialah kau sahabatku dengan pilihanmu dan jodoh Allah buat mu. Amin.

Sebenarnya, aku hanya mempunyai empat orang sahabat sahaja sejak kecil. Itu dulu, sekarang ini aku semakin menambah kawan. Heh..

Ada unsur cemburu ke? 100% tidak ada. Haha…

Untuk melangkah ke alam baru itu, aku belum bersedia, belum masanya. Sedangakan, hingga hari ini aku belum bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan. Doakan aku ya.

Wassalam.