Archive for Mei 2009

Aku yang dulu..

3 hari yang begitu padat dan sesak. Sampai nak bernafas aku perlu cari  ruang. Huh..penangan tesis yang secempot! Aduss..aku dan rakan-rakan sakit, penat dan sesak. Betul.

Haha..aku rindu zaman study dahulu, zaman aku masih nakal (skang ni dah baik skit). Dulu, sewaktu kampus menjadi rumah kedua aku. Aku ingin ulang waktu itu, betul aku sedih untuk meniggalkannya. Alam penuh pengertian  dan dunia kampus yang mendidik aku..huhu..dari seorang yang zero pengetahuan kepada seorang yang hmm..bolehlah dikategorikan berilmu..haha..

Aku ni, masih main-main lagi. Peluang pekerjaan belum aku risik. Kelmarin dan Sabtu lalu, karnival kerjaya aku biar begitu sahaja berlalu. Sabtu, kaki sudah mencecah lantai PWTC, dewan Tun Razak, oleh kerana terlalu ramai orang aku patah balik. Huh..melampau kan aku? Bongok! orang jawa cakap. Ya! aku bongok..tapi aku takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Aku perlu ke library untuk menambah bahan tuk tesis aku. Isnin dah kena hantar. Ya! believe it or not? Juz three days to settle it? OMG..aku tertekan.

Sabtu dan Ahad aku bertapa di library(tempat yang jarang aku jejaki..huhu…). Buat kerja lambat dan tangguh. Aku masih macam dulu walaupun di akhir semester ini.

Oklah..kesimpulan di sini;

-aku belum cukup pintar

-aku masih belum pandai

-aku tetap macam dulu

-aku tetap aku

Aku: Seorang perungut, perengus, seorang yang tidak bersyukur, bercelaru fikiran DLL.

Jujur ya!

Selamat Hari Ibu, Mak!

Sabtu lalu..

“Lyn..akak tak nak buatlah,”kataku give up setelah berkali-kali mencuba menjahit lencana adik bongsuku, tapi tidak berhasil.

“Ala..akak buat jelah..mesti boleh,”adik aku memujuk sambil dia pun menjahit satu lagi lencana dibaju sekolah adikku.

“Malas..sakit sudah tangan akak tercucuk jarum,”

“Akak tu bukan tak pandai tapi malas, di mana ada kemahuan di situ ada jalan!,”marah adikku tak puas hati. Lencana yang dijahitnya sudah siap separuh dan aku masih terkial-kial.

“Betullah..masalahnya akak tak ada kemahuan..hehe..”

Berkali-kali juga mata jarum yang kecil dan tajam itu menusuk ibu jari aku. Perit. Keputusannya, baju, lencana dan jarum yang mempunyai benang itu aku campak ke atas tilam.

Tiba-tiba adik aku ambik baju tersebut dan meneruskan jahitan aku yang terbengkalai tadi, dan sambil berkata..

“Kalau di Sabah, ada mak, mesti tak payah susah-susah jahit, bagi je dengan mak kan?’ Dulu baju, beg sekolah ke, seluar ke..semua serah je pada mak,”katanya sambil menyambung jahitan.

Dan macam terkesima  sekejap. Betul, aku akui, dulu sewaktu masih bersama mak semua kerja menjahit aku bagi mak. Memang aku tak pandai menjahit, tidak berkebolehan. Jahit cincai-cincai tu bolehlah.

Kerja sekecil itu pun aku tak boleh buat. Baru terfikir betapa manja dan malasnya aku ketika bersama mak. Sewaktu berjauhan baru terasa kerja sekecil itu sungguh berat.

Dan sempena Hari Ibu ini aku minta maaf dengan mak sebab selama ini aku mensia-siakan segala tunjuk ajar mak. Memasak dan menjahit memang aku ‘kureng’ berkemampuan. Semuanya kerana malas belajar. Maaf Mak. Kesian mak dapat anak macam aku ini.

SELAMAT HARI IBU, MAK kepada ibu kesayangan Safiah Munaf…

Terima kasih semua

Salam semua..

Hari terakhir di bumi Utusan Malaysia. 50 peratus sedih dan 50 peratus lagi gembira.

Selama empat bulan aku menimba pengalaman, menyelongkar dunia kewartawanan sebenar, sepak terajang industri ini, banyak telah aku lalui.

Pelbagai perkara dan peristiwa telah aku kutip dan anyam sebagai pengalaman paling berharga dalam hidup aku.  Jumpa ramai manusia yang pelbagai ragam dan sifat, membina jaringan perhubungan dan paling penting aku dapat semuanya. Complete. Suka, duka, gembira, suam-suam kuku, dan macam-macam lagi.

Terima kasih kepada bos-bos besar Utusan:

En. zulkifli Hamzah, En. Rozzaman, Pn. Mahraini, Pn. Noraini, Cik Rosni, En. Nazrul, En. Nizam, En. Ramli, Kak Fauziah, En. Samsor dan bos-bos besar yang lain.

Wartawan-wartawan senior: (news Desk)

En. Hata, A. Arshad, A. Amran, A. Saiful Haizan, A. Saifulizam, K. Norila, A. Tomok, Muzdalifah, Faizah, Zuhayati, Fadzilah, Andika, Shofi, Chin Mee, Pei Wen, Athira, A. Nizam, A. Tarmizi, A. Herman, Dayne, Santhy, K. Rohani.

Minta maaf kepada sesiapa yang tidak tersebut namanya. Tapi, ketahui aku amat menghargai jasa dan tunjuk ajar semua.

InsyaAllah, ada rezeki berpeluang aku mencurah bakti di sini.

K, esok nak selebrate dengan kakak PR..

Terima kasih semua, sayonara..

Huhu..

Salam..
Tadi saja je jalan-jalan di blog orang lain termasuk blog penulis terkenal negara, Faisal Tehrani.

Huh!..terkejutlah (sikit je, campur perasaan teruja yang banyak)..gambar aku dalam blog beliau. Erk!..dengan caption ”bersama wartawan Utusan”.
Ehem..bangga sikit. Lum dapat Ijazah dah kena iktiraf jadi wartawan. Berbunga hati. Aku interbiu beliau ketika Pesta Buku hari itu, sempena pelancaran buku terbaru beliau, Ketupat Cinta.

Lepas itu, berita yang aku buat juga terselit sekali. Awesomelah..huhu..

Ehek..perasan lebih..huhu..Klah, stop kembang idung k…chow..

Mereka tidak layak!

Macam-macam berita keluar dalam surat khabar hari ini. Sakit hati baca mengenai cerita seorang ‘ibu’ yang dianggap syurga bagi anak, tak kira ibu kandung atau ibu tiri.

Baca saja akhbar tabloid tersebut, hati aku geram sangat. Begitukah sikap seorang ibu yang diangkat sangat mulia di sisi Allah dan rasulnya. Mereka ini cium bau syurga pun tidak layak.

Cerita satu:

Ibu curang seterika anak

KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.

Cerita kedua:

Budak didera tinju ibu tiri

KUALA LUMPUR: Akibat tidak tahan didera ibu tirinya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sanggup bertinju dan melepaskan tumbukan ke arah wanita terbabit yang terlebih dulu menendang perutnya sekuat hati.

Dalam kejadian itu, murid tahun lima berkenaan ‘naik angin’ kerana ibu tirinya yang berusia 36 tahun kerap memarahi dan menderanya hanya kerana perkara kecil.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, ibu tiri kanak-kanak berkenaan mengambil semua alat permainan milik mangsa di dalam beg plastik sebelum disimpan dalam stor di rumah mereka di Damansara Utama.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tirinya itu mengeluarkan semula beg plastik berisi permainan berkenaan. (cerita selanjutnya baca Harian Metro 04 Mei 09)

Layakkah mereka ini digelar ibu?

Alhamdulillah, aku mempunyai seorang ibu yang sangat pengasih dan penyayang. Biar miskin harta, kaya kasih dan sayang dan budi. Syukur.

Homesick

Tadi baru saja aku menyelusuri gambar-gambar famili aku. Rindu. Sangat.