Macam-macam berita keluar dalam surat khabar hari ini. Sakit hati baca mengenai cerita seorang ‘ibu’ yang dianggap syurga bagi anak, tak kira ibu kandung atau ibu tiri.

Baca saja akhbar tabloid tersebut, hati aku geram sangat. Begitukah sikap seorang ibu yang diangkat sangat mulia di sisi Allah dan rasulnya. Mereka ini cium bau syurga pun tidak layak.

Cerita satu:

Ibu curang seterika anak

KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.

Cerita kedua:

Budak didera tinju ibu tiri

KUALA LUMPUR: Akibat tidak tahan didera ibu tirinya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sanggup bertinju dan melepaskan tumbukan ke arah wanita terbabit yang terlebih dulu menendang perutnya sekuat hati.

Dalam kejadian itu, murid tahun lima berkenaan ‘naik angin’ kerana ibu tirinya yang berusia 36 tahun kerap memarahi dan menderanya hanya kerana perkara kecil.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, ibu tiri kanak-kanak berkenaan mengambil semua alat permainan milik mangsa di dalam beg plastik sebelum disimpan dalam stor di rumah mereka di Damansara Utama.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tirinya itu mengeluarkan semula beg plastik berisi permainan berkenaan. (cerita selanjutnya baca Harian Metro 04 Mei 09)

Layakkah mereka ini digelar ibu?

Alhamdulillah, aku mempunyai seorang ibu yang sangat pengasih dan penyayang. Biar miskin harta, kaya kasih dan sayang dan budi. Syukur.