Sabtu lalu..

“Lyn..akak tak nak buatlah,”kataku give up setelah berkali-kali mencuba menjahit lencana adik bongsuku, tapi tidak berhasil.

“Ala..akak buat jelah..mesti boleh,”adik aku memujuk sambil dia pun menjahit satu lagi lencana dibaju sekolah adikku.

“Malas..sakit sudah tangan akak tercucuk jarum,”

“Akak tu bukan tak pandai tapi malas, di mana ada kemahuan di situ ada jalan!,”marah adikku tak puas hati. Lencana yang dijahitnya sudah siap separuh dan aku masih terkial-kial.

“Betullah..masalahnya akak tak ada kemahuan..hehe..”

Berkali-kali juga mata jarum yang kecil dan tajam itu menusuk ibu jari aku. Perit. Keputusannya, baju, lencana dan jarum yang mempunyai benang itu aku campak ke atas tilam.

Tiba-tiba adik aku ambik baju tersebut dan meneruskan jahitan aku yang terbengkalai tadi, dan sambil berkata..

“Kalau di Sabah, ada mak, mesti tak payah susah-susah jahit, bagi je dengan mak kan?’ Dulu baju, beg sekolah ke, seluar ke..semua serah je pada mak,”katanya sambil menyambung jahitan.

Dan macam terkesima  sekejap. Betul, aku akui, dulu sewaktu masih bersama mak semua kerja menjahit aku bagi mak. Memang aku tak pandai menjahit, tidak berkebolehan. Jahit cincai-cincai tu bolehlah.

Kerja sekecil itu pun aku tak boleh buat. Baru terfikir betapa manja dan malasnya aku ketika bersama mak. Sewaktu berjauhan baru terasa kerja sekecil itu sungguh berat.

Dan sempena Hari Ibu ini aku minta maaf dengan mak sebab selama ini aku mensia-siakan segala tunjuk ajar mak. Memasak dan menjahit memang aku ‘kureng’ berkemampuan. Semuanya kerana malas belajar. Maaf Mak. Kesian mak dapat anak macam aku ini.

SELAMAT HARI IBU, MAK kepada ibu kesayangan Safiah Munaf…