Archive for Jun 2009

Perbetulkan kesilapan

2 minggu aku bekerja, aku rasa berbandal-bandal kertas aku bazirkan. Cuba bayangkan, masa aku buat surat aduan media, jemputan media atau surat wawancara bersama media lima atau enam kali aku perlu perbetulkan. Ya, kesilapan kecil yang aku lakukan. Seperti nombor siri fail yang aku lupa untuk tukar, tarikh dan tersalah taip. Aku memang cuai.

Tapi aku boleh perbetulkan kesilapan. Bukan belajar dari kesilapan. Aku teringat kata-kata seorang kenalan dia kata pepatah “Belajar daripada kesilapan” adalah ungkapan yang tidak tepat. Kerana, sampai bila kita akan belajar daripada kesilapan sedangkan hakikatnya perkara itu memang silap. Dan ungkapan paling tepat adalah betulkan kesilapan. Kita memperbetulkan kesilapan. Argh..apa-apa bagi aku sama. Yang penting kita sedar itu adalah salah.

Dan, untuk hari ini, penuh kotak resycle dengan kertas-kertas aku yang tersalah print. Beruntunglah mereka yang mengutip barang-barang kitar semula.

Selamat datang ke Bandung Mak, Pa

Salam semua..

Semalam mak dan bapak aku datang dari Sabah. Cuti-cuti Malaysia. Opss..maaf, bukan cuti dalam negara saja tau, mereka nak pergi Bandung hari ini. Sponsor by anak-anak kesayangan. Abang-abang kesayangan dan akak kesayangan (merangkap anak kesayangan mak bapak aku..hehe..). Berpeluang juga mak dan bapak aku melancong ke luar negara. Nasib baik je aku baru kerja, kalau dah tiga bulan conform aku pun turut sekaki..nasib tak baik..HUHU…

Jadi hanya aku, adik perempuan dan adik bongsu aku di rumah. Pesan aku dengan kakak ipar dan abang aku ”Jangan lupa ole-ole”..

Semalam selepas tukar mata wang rupiah, mak dan bapak aku jadi jutawan..seperti yang diketahui kan mata wang indon kecil banget..haha..takpelah mak, pa, tak jadi jutawan betul pun tak kesah..

Stop cerita tu.

Ha..cerita pasal kerja. Aku banyak belajar benda baru biarpun ia berkaitan dengan media. Walhal, bab media aku rasa aku sudah tahu, tetapi aku salah rupanya. Masih banyak dan luas ilmu yang aku belum teroka. Lagi? banyak..susah nak cerita..haha..

Chow..

Alam kerjaya yang berbeza

Dunia baru? alam kerjaya, bukan semudah dan seenteng yang aku rasa sebelum ini. Selepas memasuki alam ini baru aku terasa bebannya. Huh..so tough!!!

Mesti ramai kata aku mengada-ngada, tak tahu nak kerja, manja dan tak tahu susah kan? Tapi realiti aku memang rasa susah nak adaptasi alam kerjaya ini dalam hidup aku.Ya..aku tidak diberi peluang untuk berehat dan mendalami ilmu kerjaya secukupnya sebelum aku memasuki alam ini. Berserah. Reda.

Tapi, sebenarnya aku sangat enjoy memasuki alam ini. Buat-buat banyak kerja. Itu menunjukkan aku sedang bekerja..hehe..berlagak betul..huh..

Aku dan staf lama

Hari kedua bekerja. Lebih baik dari semalam. Aku banyak lepak daripada buat kerja..haha..bukan bermakna aku curi tulang atau makan gaji buta okey!

Tapi kau belum dapat sesuaikandiri di pejabat ini, dengan orang-orang lama, situasi semasa yang berlaku dan macam-macam lagi. Bukan aku tidak cuba untuk beramah tamah dengan staf lama, tetapi aku yang kurang ramah atau mereka tidak dapat menerima kehadiran aku.

Rasa rendah diri saja. Ya! aku rasa saat ini.

Berusaha lagi!!!

Hari pertama bekerja

Ya Allah! sungguh letih yang amat. Bayangakan aku lapor diri kul 8 pagi til 12.30 tengah hari. Selepas itu aku perlu selesaikan kerja-kerja yang melambak. Media monitering, key in story KPT dalam BPA. Hush..akhbar Sabtu, Ahad dan Isnin, 4 akhbar utama dan 3 akhbar picisan. Jadi 21 buah akhbar aku kena siapkan dalam masa sehari. Oh..patah tulang belakang dan rabun mata baca akhbar. Itu belum kira melayan panggilan yang ingin berurusan dengan PRO. Tapi, alhamdulillah aku berjaya siapkan sebelum pukul 6.30, because time to back.

Ya, pengalaman yang mahal, aku kira. Berusaha ya!!!!

Jangan jadi penyibuk

Aku kelucuan sebentar bila saja habis meneroka blog paling hits mengenai Manohara dan Temenggung Fachry. Bila ‘pengomen’ sampai bertikam lidah bergaduh membincangkan hal tersebut.

Bagi aku tak tau nak komen. Ini kisah kerabat berdaulat, susah mahu komen. Ya..semua orang tahu daulat lebih penting di Malaysia. So, kunci mulut, diamkan diri. Bukan pengecut, cuma kita rakyat biasa tidak tahu apa-apa.

Tapi, mereka-mereka (orang Melayu dan Indonesia-rakyat biasa) bertelagah dalam alam maya. Ooo..sungguh penyibuk aku rasa. Walaupun itu bukan kena-mengena dengan mereka. Apa yang mereka dapat lakukan. Just..biar orang yang ‘berkuasa’ lakukannya beb.

Jadi, let it be. Allah itu Maha MELIHAT, MENGETAHUI, ADIL dan BIJAKSANA.

Cheers!! Usah gaduh-gaduh lagi, jalani hidup anda sebagai rakyat biasa saja ya..

Alhamdulillah..rezeki bukan selalu datang bergolek,

Salam semua..

Syukur..aku sudah mempunyai kerja, walaupun secara kontrak satu tahun setengah, ia lebih baik daripada aku duduk menganggur di rumah. 1 Jun aku diterima sebagai Pekerja Perkhidmatan Sementara (PKS) di Kementerian Pengajian Tinggi, di Unit Korporat dan KOmunkasi, sebagai pembantu Pegawai Perhubungan Awam.

Alhamdulillah, dikesibukan orang lain di luar sana mencari kerja aku sudah mempunyainya. Mula-mula terima tawaran memang aku tidak mahu, sebab pekerjaan tersebut berbentuk sementara. Tetapi, atas nasihat keluarga, pensyarah dan kawan-kawan aku terima.

Terima kasih ya Allah!…

Hahh..tahniah tuk adik aku gak, Isnin lalu dia menghadiri konvokesyen beliau.  Tuk aku Ogos nanti dan untuk adik aku yang sorang lagi Oktober nanti.