Salam semua..

Syukur..aku sudah mempunyai kerja, walaupun secara kontrak satu tahun setengah, ia lebih baik daripada aku duduk menganggur di rumah. 1 Jun aku diterima sebagai Pekerja Perkhidmatan Sementara (PKS) di Kementerian Pengajian Tinggi, di Unit Korporat dan KOmunkasi, sebagai pembantu Pegawai Perhubungan Awam.

Alhamdulillah, dikesibukan orang lain di luar sana mencari kerja aku sudah mempunyainya. Mula-mula terima tawaran memang aku tidak mahu, sebab pekerjaan tersebut berbentuk sementara. Tetapi, atas nasihat keluarga, pensyarah dan kawan-kawan aku terima.

Terima kasih ya Allah!…

Hahh..tahniah tuk adik aku gak, Isnin lalu dia menghadiri konvokesyen beliau.  Tuk aku Ogos nanti dan untuk adik aku yang sorang lagi Oktober nanti.