Aku kelucuan sebentar bila saja habis meneroka blog paling hits mengenai Manohara dan Temenggung Fachry. Bila ‘pengomen’ sampai bertikam lidah bergaduh membincangkan hal tersebut.

Bagi aku tak tau nak komen. Ini kisah kerabat berdaulat, susah mahu komen. Ya..semua orang tahu daulat lebih penting di Malaysia. So, kunci mulut, diamkan diri. Bukan pengecut, cuma kita rakyat biasa tidak tahu apa-apa.

Tapi, mereka-mereka (orang Melayu dan Indonesia-rakyat biasa) bertelagah dalam alam maya. Ooo..sungguh penyibuk aku rasa. Walaupun itu bukan kena-mengena dengan mereka. Apa yang mereka dapat lakukan. Just..biar orang yang ‘berkuasa’ lakukannya beb.

Jadi, let it be. Allah itu Maha MELIHAT, MENGETAHUI, ADIL dan BIJAKSANA.

Cheers!! Usah gaduh-gaduh lagi, jalani hidup anda sebagai rakyat biasa saja ya..