Salam semua..

Semalam mak dan bapak aku datang dari Sabah. Cuti-cuti Malaysia. Opss..maaf, bukan cuti dalam negara saja tau, mereka nak pergi Bandung hari ini. Sponsor by anak-anak kesayangan. Abang-abang kesayangan dan akak kesayangan (merangkap anak kesayangan mak bapak aku..hehe..). Berpeluang juga mak dan bapak aku melancong ke luar negara. Nasib baik je aku baru kerja, kalau dah tiga bulan conform aku pun turut sekaki..nasib tak baik..HUHU…

Jadi hanya aku, adik perempuan dan adik bongsu aku di rumah. Pesan aku dengan kakak ipar dan abang aku ”Jangan lupa ole-ole”..

Semalam selepas tukar mata wang rupiah, mak dan bapak aku jadi jutawan..seperti yang diketahui kan mata wang indon kecil banget..haha..takpelah mak, pa, tak jadi jutawan betul pun tak kesah..

Stop cerita tu.

Ha..cerita pasal kerja. Aku banyak belajar benda baru biarpun ia berkaitan dengan media. Walhal, bab media aku rasa aku sudah tahu, tetapi aku salah rupanya. Masih banyak dan luas ilmu yang aku belum teroka. Lagi? banyak..susah nak cerita..haha..

Chow..