2 minggu aku bekerja, aku rasa berbandal-bandal kertas aku bazirkan. Cuba bayangkan, masa aku buat surat aduan media, jemputan media atau surat wawancara bersama media lima atau enam kali aku perlu perbetulkan. Ya, kesilapan kecil yang aku lakukan. Seperti nombor siri fail yang aku lupa untuk tukar, tarikh dan tersalah taip. Aku memang cuai.

Tapi aku boleh perbetulkan kesilapan. Bukan belajar dari kesilapan. Aku teringat kata-kata seorang kenalan dia kata pepatah “Belajar daripada kesilapan” adalah ungkapan yang tidak tepat. Kerana, sampai bila kita akan belajar daripada kesilapan sedangkan hakikatnya perkara itu memang silap. Dan ungkapan paling tepat adalah betulkan kesilapan. Kita memperbetulkan kesilapan. Argh..apa-apa bagi aku sama. Yang penting kita sedar itu adalah salah.

Dan, untuk hari ini, penuh kotak resycle dengan kertas-kertas aku yang tersalah print. Beruntunglah mereka yang mengutip barang-barang kitar semula.