Aku pindah rumah kelmarin, menyewa di presint 9 bersama member ofis. Alhamdulillah, aku berdikari sendiri, tidak susahkan orang lain lagi. Tetapi, aku masih kekok lagi, rindu dengan rumah di kajang, semalam, first night aku tidak nyenyak tidur, setiap setengah jam aku akan terjag. Tidak tahu kenapa. Rindu barangkali dengan rumah.

Aku masih kekok tinggal di rumah itu. Itu yang pasti. Suasana baru. Semua masih ganjil. aku cuba sedaya upaya menyesuaikan diri.

Di ofis hari ini, mungkin tidak cukup tidur, aku ada terasa tensi sedikit. Berkaitan dengan mood, aku tak boelh nak kawal.

Arghh! aku rindu nak balik…