Akhir-akhir ini, semenjak aku memasuki alam pekerjaan, satu rutin aku tinggalkan. Menulis diari.

Dulu, diari adalah peneman aku. Sedih dan gembira semua aku kongsi bersamanya. Hanya kertas putih terdampar dalam bulan enam dan tujuh. Kosong. Bersih. Tanpa sepatah perkataan pun. Apa yang akan aku baca bila mengenangkan saat-saat itu, tarikh-tarikh yang mengumpul segala memori yang aku tidak mampu ingatinya. Sungguh rugi.

Tidak. Aku akan kembali menulis. Pasti.