Alhamdulillah, seminggu dari sekarang aku akan konvokesyen. Segunung harapan terpikul di bahu aku untuk menunaikan harapan seluruh ahli keluarga. Jadi apakah aku selepas menamatkan pengajian? Buat 1 tahun setengah ini, aku bertuah menjadi yang terpilih sebagai kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), tapi selepas itu aku tidak tahu di mana arah ku. Perancangan sudah aku buat. InsyaAllah dipermudahkan Allah perjalanan hidup seorang hambanya, iaitu aku.

Tahniah. Aku terharu. Berjaya menamatkan pengajian walaupun sudah tercatat keputusan aku tidak begitu memuaskan tetapi aku beroleh segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam Kewartawanan.

Mudahan beroleh manfaat dan sentiasa diberkati Allah. Selalu dikurniakan rezeki yang tidak terhitung. syukur.