Terasa? ya aku terasa sangat. Tidak bolehkah berlagak secara profesional, as who they are, the PRO.

Aku cuba sedaya upaya bercakap dengan perlahan dan lemah lembut, cuba bertegur sapa. Apa yang aku dapat? NO RESPONDs. NO FEEDBACK. NULL. DULL.

Sepatutnya, aku yang perlu marah bukan mereka. Mereka buat aku seperti barang. Sewaktu tenaga kerja aku diperlukan, aku dilayan begitu baik. Cakap lembut gigi daripada lidah. Senyum memanjang. Bila aku tidak diperlukan ditolak tepi.

Hey..cuba fahami keadaan. Siapa yang perlu marah dan terasa. Pihak siapa? Aku tidak tahu apa-apa. Semua yang berlaku di antara pihak atasan. Aku hanya pekerja bawahan. Kenapa perlu libatkan aku?

Bodoh sangatkah aku digula-gulakan sebegitu. Aku juga punya perasaan.

Buat pengetahuan. PRO adalah bukan diri mereka. Depan senyum dan melayan kita bagai menatang minyak yang penuh. Di belakang mereka bukan seperti mereka yang di hadapan kita. Ya..itu betul.

Aku tak suka, bila perkara peribadi yang tidak bersangkut paut dengan kita terkena tempias. So stupid!!!

Siap kamu layan aku sebegitu?