1 Ogos ini suatu penentuan. Penentuan yang aku tak pasti apa keputusannya.

 Aku maksudkan si dia yang berjanji akan datang waktu aku konvokesyen.

 Dan aku sedang buat pertimbangan, jika dia datang pada hari keramat itu, aku akan terima dia.

Ya, dia berjanji akan berjumpa mak dan bapa aku. Argh!! Moment yang aku tak akan ingat, jika ia tidak menjadi.

Ya Allah! Macam mana kalau dia jadi datang, mahukah aku terima dia, walhal persaan aku tiada terhadapnya.

Bodohnya kau mempertaruhkan masa depan dengan janji yang tidak boleh terima dek akal.

Lantas, aku teringat daram bersiri Korea, Princess Hour.

Drama yang berulang kali aku tonton. Setiap kali itulah aku akan menangis dan perasaan tidak puas hati bertapak.

Kenapa lelaki susah sangat nak ekspresikan perasaan suka, gembira dan paling penting perasaan cinta mereka kepada seseorang yang dia sayang. Langsung tak faham.

Sebab ego ke?

Ya, aku rasa. Bukan, hanya rasa, tapi pasti. 

Tapi, si dia yang satu ini lain. Dia berani tunjukkan. Permulaannya, aku hanya bergurau dengan mencabarnya, jika ingin memiliki aku silalah bercakap terus terang dengan mak bapa aku, then dia tunaikannya.

Aku cabar si dia kerana aku yakin dia tidak akan sanggup terbang ke Sabah semata nak jumpa mak dan bapa aku, dan sudah memang nasib baiknya, dia terhidu aku akan konvo dan sudah pasti mak bapa aku datang. Sejak itulah aku tidak tenteram.

Fuh, maunya tak tenteram.

Cubalah si dia seperti Putera Mahkota dalam drama Korea itu. Tidak berani meluah perasaan.

What should i do? Aku tak bersedia.