Hormat, setinggi hormat dengan Dr. Mohd Ridhuan Tee. Terharu membaca rencana beliau dalam Mingguan Malaysia pada 26/07/2009 bertajuk “Nasib Melayu Di Bumi Melayu” dan pada 02/08/2009 bertajuk “Bila Kacang lupakan Kulit”.

Seronok menyelusuri bait-bait perkataan hampir satu muka surat akhbar broadsheet Utusan tersebut hasil perencanaan buah fikiran seorang ilmuan ini.

Kagum dengan keberanian hujahan dan debatan beliau yang semuanya berasaskan fakta, bukan sekadar omongan kosong untuk melepaskan geram kepada orang lain.

Ketepikan persoalan politik.

Meremang bulu roma membaca artikel-artikel tersebut. Menggigil membaca fakta-fakta yang dikemukakan. Itu kelebihan seorang mualaf yang berjiwa Islam ini.

Beliau berpegang hanya pada satu, iaitu Islam.

Terima kasih Dr. Mohd Ridhuan Tee.